Friday, March 20, 2015

Soalan: keliru

Nama*:tini
Tajuk*:keliru
Message*:Salam ustaz.. Sy keliru adakah sy perlu teruskn iktan perkhwinan selama 10 thn nie tp dulu sy seorg yg agak sosial.. Rmai kwn laki..tp masa yg sama suami pun kwn punya rmai kwn ppuan tp sy xksh kerana sy fkr kita hdp bermasyarakat...masalahnya ustaz dulu sy pnh kuar mkn dgn kwn laki tnpa izin suami.. SElang berapa hari suami dpt thu .. Dia pukul sy..... Sy thu sy bersalah.. Tp selepas kejadian itu insaf.. Tp suami ttp xpercaya.. Sll cemburu buta sehingga menuduh kwn2 sy.. Sll mensyaki sy still ada lelaki lain.. Sy tertkn ustaz.. Skg mslh sy dh thu pd keluarga mertua dan keluarga sy.. Mereka semua menyokong suami dan still menuduh sy bkn2... Sy jd tawar hati.. Sy mmg dh xblh jlnknkn tnggungjaeab sbg sorg isteri kpdnya.. Yg saya tkt skg adalah ank.. Lau sy bercerai ank2 diberi hak penjagaan kepada siapa?? Mohon perjelasan masalah sy ustaz.. Terima kasih
File Upload:

Salam

Perkara yang penting dalam rumah tangga ialah penghayatan agama yang sempurna. Pastikan jaga solat suami isteri, pastikan buat solat berjemaah, suami sentiasa jadi imam dengan anak-anak, kurangkan astro tv, karaoke dan hiburan yang melampau. Ia semua menjadi punca hilangnya ketenangan dan kebahagiaan dan rahmat Allah.

Cuba puan hidupkan dulu suasana Islam di rumah, baisakan membaca al-Quran bersama anak-anak, hormati waktu solat dan sesekali bawalah famili ke masjid.. insya Allah ketenangan dan kebahagiaan akan muncul.

Suami hilang kepercayaan kerana perwatakan kita masih juga seperti dulu, kelihatan sosial dan bebas keluar masuk tanpa kebenaran suami. suami perlukan sedikit bimbingan keagamaan dalam hal ini.

Saya tidak cadangkan puan untuk berpisah, sebaliknya kes yg terjadi elok dijadikan iktibar dan sebagai pencetus untuk kita lebih komited dengan agama. Bantulah suami puan untuk dia lebih beriman dan bertakwa, bantulah solatnya, bantulah zikir dan imannya juga.. Ia jauh lebih baik drp bercerai.

maafkan saya puan.. tk

Visitor IP: 113.210.131.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA