Wednesday, March 18, 2015

Soalan: Mohon Pandangan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Mohon Pandangan
Message*:As Salam Ustaz. Saya dah berkahwin 7 tahun dan sekarang wife saya mengandung anak yang ke-3. Untuk makluman Ustaz, saya dah takde perasaan sayang pada wife saya. Sebenarnya sebelum ni kami ada perselisihan sebanyak 3 kali dan setiap kali berlaku sedemikian wife saya akan minta cerai. Cuma bila berlaku kali ketiga saya sebenarnya bertekad untuk mengakhiri perhubungan kami dan saya ada menyatakan kepada beliau bahawa perasaan sayang saya terhadapnya semakin menipis disebabkan oleh insiden itu. Wife saya ada beritahu bahawa semua yang berlaku kesilapan dia dan minta diberi peluang. Saya setuju dengan cadangan dia dan setelah lebih daripada sebulan saya rasakan perasaan itu semakin hilang dan untuk menenagkan perasaan wife saya yang sedang mengandung saya akan berpura-pura genbira bila bersama sedangkan perasaan saya adalah sebaliknya. Saya pernah terfikir untuk meneruskan niat saya tetapi perasaan serba salah dengan beliau yang sedang mengandung dan anak-anak. Sehingga sampai ke satu tahap di mana saya lebih prefer duduk di pejabat dan pergi outstation daripada duduk di rumah. Pohon pandangan ustaz.
File Upload:
Salam

Pertamanya, kita perlu lahirkan rasa syukur atas nikmat Allah yang memberikan kita seorang isteri dan punyai anak. Anugerah ini amat besar, tiak semua orang ada isteri, tak semua orang punyai anak. cuba hargai kewujudan dan keberadaan mereka dahulu, hargai susah payah mereka dan hargai setiap nikmat yg kita dapat daripada mereka yang Allah pinjamkan. Jika kita gagal bersyukur dan menghargai, itulah punca kepada tidak puas hati yg wujud dalam diri. Biar siapapun isteri saudara, saudara akan sentiasa tidak puas hati.. belajarlah untuk bersyukur dan menghargai dahulu...

Perselisihan dalam rumah tangga akan sentiasa terjadi. tidak ada yang aman damai selamanya, pasti ada sahaja dugaan dan masalah. Suami perlu bijak menangani masalah dan krisis yang berlaku. Bawa bersabar, kerana dalam banyak hal, puncanya ada pada suami, kegagalan suami mendidik dirinya untuk menjadi suami yang baik, suami dihargai dan disenangi oleh isteri dan anak-anak... baharulah lihat pula kekurangan yg mungkin ada pada isteri...

Saya nasihatkan saudara berbaiklah dengan isteri, hargailah susah payahnya mengandungkan anak-anak, dan banyakkan bertaubat sebagai penyembuh kepada segala kesombongan manusia. Amalkan ibadah kita dengan sempurna, insya Allah sempurnalah keluarga kita.

tk




Visitor IP: 203.217.176.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA