Sunday, November 2, 2014

Soalan: rujuk

Nama*:Shahrul
Tajuk*:rujuk
Message*:Salam, sy ingin bertanya tentang rujuk. sy telah bercerai dan lafazkan talak satu(1) kemudian sy myesal atas perbuatan sy,sy ingin rujuk namum isteri sy tidak setuju?
dalam tempoh edah, kami duduk sekali namum tidur berasingan.masalah yg timbul sekarang, mertua duduk skali dlm tempoh edah...ia amat sukar buat sy untuk pujuk isteri sy kembali kpd sy..ia menjadi halangan yg amat besar buat diri sy, bagaimana sy atasi nya?

"Tidak dihalalkan bg seorang isteri yg beriman kepada Allah untuk mgizinkan seseorng masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang: ( Hadith riwayah Hakim) minta penjelasan dr pihak Tuan.

sy telah minta bantuan dr pihak tengah untuk dibincangkan hal ini..tapi tidak ada hasilnya,mertua masih duduk rumah kami dan rasa tiada pravasi untuk sy(suami) untuk pujuk isteri kembali.

kalau sy rujuk tanpa pgetahuan isteri apakah prosesnya?
firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apabila mereka telah mendekati akhir idah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik). (at-Talaq :2)
sy cuma ingin kembalikan hubungan kami sbagai suami isteri. minta penjelasan dr pihak tuan.

terima kasih.

Shah
File Upload:

Salam..

Rujuk tidak memerlukan persetujuan isteri... so, apabila suami melafazkan rujuk, maka rujuk itu sah walaupun mertua dan isteri berhalangan..

Ajak dan bawalah isteri out station jauh sikit.. bincang di sana, jangan bincang depan mak mertua.. tentu ada yang tidak beres, terkawal begitu...

bawalah berbincang dengan isteri..dia tu kan amanah kita.. apa-apa hal pun tetap tanggungjawab kita juga... hehe...

Visitor IP: 175.141.248.50

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA