Monday, November 24, 2014

Soalan: Suami tidak ikhlas mencintai isteri, hanya mahukan harta.

Nama*:Shasha
Tajuk*:Suami tidak ikhlas mencintai isteri, hanya mahukan harta.
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Kawan saya baru sahaja berkahwin kira-kira 6 bulan lepas. Baru-baru ini, dia diberitahu oleh seorang orang yang alim bahawa suaminya itu tidak ikhlas mencintainya dan hanya mahukan hartanya kerana kawan saya ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan keluarganya juga berharta. Kawan saya seperti tidak percaya kerana suaminya berkelakuan baik, sanggup menghantar dan menjemput isterinya walaupun lokasi pekerjaan mereka jauh dan suaminya turut memberikan nafkah kepadanya. Dikatakan bahawa suaminya itu telah berkomplot dengan keluarganya untuk mendapatkan harta isterinya dengan menggunakan ilmu yang tidak baik dan mereka berpura-pura baik untuk membodohkan kawan saya ini. Menurut pandangan orang alim itu, suaminya ini tak mungkin akan berubah kerana sikap keluarganya semua begitu, seperti sudah menjadi darah daging. Orang alim itu menasihati supaya berpisah untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi. Solat istikharah dan solat hajat telah dilakukan selain berdoa, namun masih tidak menemui jalannya. Kawan saya teramatlah tertekan dengan situasi yang dihadapinya. Harap ustaz dapat berikan pandangan.
File Upload:
Salam

Beginilah, jangan-jangan si alim itu sendiri yang bermaksud tertentu atas apa yang dilihatnya... kena fikir begitu juga...

Beginilah.. walau apa pun punca berkahwinan, mereka telah sah menjadi suami isteri. Sebagai isteri, buktikan kesetiaan dan ketaatannya kepada suami, menjadi isteri terbaik kpd suami.. Insya Allah suami akan sedia menerimanya sebagai isteri yang membahagiakan dia seumur hidup.

Suami yang telah bahagia, sedia melakukan apa sahaja demi kasihnya kepada isteri. So, isteri perlu bersangka baik dnegan suami, usah termakan hasutan yang tidak betul dan tidak pasti. Istighfarlah dan berdoalah selalu.

Usah dicari helah untuk mengeruhkan keadaan, terimalah dia sebaiknya untuk anda sebagai isteri.

tk

Visitor IP: 118.101.246.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA