Nama*: | Sham |
Tajuk*: | Jamak : Imam lebih dari 1 dalam surau |
Message*: | Assalamualaikum.. Saya nak tanya tentang solat jamak bila musafir. Especially bila di surau RnR. Saya tengok banyak imam di dalam 1 surau. Setahu saya, tak boleh lebih dari 1 imam dalam surau. Yang menambah kekeliruan lagi, saya dapat tahu, solat jamak tak boleh menumpang imam lain. betul ke? Saya menjadi keliru dengan 2 keadaan ni..? boleh mohon penjelasan tak? |
File Upload: |
Solat di surau terutamanya R n R tentulah ramai imam. PErtamanya imam yang kat depan tu mungkin dia buat solat tamam (sempurna) datang orang belakang, dia dah tak tahu imam itu solat qasar atau tidak... lalu dia buatlah solat dengan anak dia atau kawan dia yang sama-sama buat solat qasar dan jamak. maka terjadilah dua imam atau lebih. dalam hal ini, tidak ada salahnya terjadi banyak imam kerana masing-masing tidak tahu sama ada buat tamam atau qasar.
Orang yang nak solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam (sempurna) sebab itu mereka buat bersendirian atau terjadinya dua imam.
Langkah terbaik ialah untuk solat Maghrib kita buat satu imam kerana solat Maghrib tidak boleh diqasarkan. Usai solat Maghrib imam kena umumkan nak solat Isyak qasar dua rakaat, so bolehlah jemaah yang lain nak ikut atau tak nak ikut.
Solat di R n R saya cadangkan usah dibaca surah yang panjang-panjang kerana ia tempat orang hendak cepat berurusan. Apatah lagi nak baca doa dan zikir panjang-panjang, amat tidak kena langsung. Imam kena bijak melihat kesesuaian dengan apa yang diamalkan..
tk
Visitor IP: 60.53.248.235
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.