Sunday, November 30, 2014

Soalan: Kecurangan Diri Seorang Isteri

Nama*:Ima..
Tajuk*:Kecurangan Seorang Isteri
Message*:Kecurangan Seorang Isteri

Assalam. Tuan,

Terutama sekali saya mohon maaf atas email yang mungkin mengganggu Tuan. Tapi saya perlukan nasihat yang bernas dan ke jalan yang benar. Saya terima segala nasihat dengan hati terbuka.

Tuan, saya merupakan seorang isteri yang bekerja dan mempunya seorang anak lelaki berusia 9 bulan. Sebelum saya berkahwin, memang hidup saya diselubungi masalah demi masalah oleh kerana nafsu sendiri. Saya telah terlanjur dengan beberapa lelaki. Walaupun begitu, Alhamdulillah suami saya terima seadanya saya.

Tetapi, dalam beberapa lelaki tersebut, saya tetap hubungi lelaki yang di namakan S. Semasa mengenali S, saya masih bujang. Tetapi S telah bertunang tanpa pengetahuan saya. Namun akhirnya S mengakuinya. Saya redha. tapi setelah dia berkahwin kami masih lagi bersama. Saya harap hubungan itu sampai di situ setelah saya berkahwin. Tetapi tidak, saya masih hubungi S dan terlanjur banyak kali. Walaupun saya dan dia telah punyai hidup masing-masing. Saya rasa serba salah, tapi masih mahukan S. Hubungan saya dan S hampir 4 tahun.

Selama saya bersama S, suami saya tidak pernah tahu menahu. Ada juga beberapa hal yang saya tidak berkenan dengan suami, tapi saya tahu, saya tidak boleh memandang hal itu untuk melaksanakan hasrat saya.

S mohon saya bercerai dengan suami saya untuk bersamanya. Tapi saya tidak pasti akan melakukan nya atau tidak. Kerana di fikiran saya, saya akan melukakan hati banyak pihak terutama suami dan anak saya. Kedua, perasaan saya rasa, sampai bila saya harus curangi suami saya jika tidak bercerai dengannya dan saya fikir, jika saya nikahi S, saya tidak akan curang. Tetapi segala ketentuan adalah milik Allah. Saya cetek akan dosa pahala. Tapi saya tau zina itu dosa besar.

Jika saya terus bersama suami saya, tapi saya masih teringat S, dan jika saya bercerai dengan suami saya, saya tetap dengan S. Saya tidak tahu apa akan berlaku kemudian hari. Tapi itu adalah di fikiran saya buat masa ini. Mohon nasihat dan pandangan Tuan untuk merungkai kekusutan saya serta hukum setiap tindakan ini. Terima kasih Tuan.


Sekian, terima kasih tuan.
File Upload: 

Salam

Semoga Allah mengampuni dosa dan keterlanjuran kita.

Puan, yang pertamanya, marilah kita kembali bertaubat kepada Allah atas perlakuan dosa yang kita sedar dilakukan sekian lama. Kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh puan dengan sesiapapun, ia tetap satu dosa besar dan apatah lagi setelah puan punyai suami yang sah menjaga puan sedaya upayanya. Malah kesediaan dia menerima puan dalam keadaan itu, ia sudah cukup satu pengorbanannya untuk masa depan puan dan anak-anak juga.

Sememangnya kita gembira dan suka dengan layanan orang luar yang sesekali dapat memenuhi nafsu kebinatangan manusia. Sesekali memang begitulah tarikan dan tipu daya nafsu yang disulami syaitan menghimbau keghairahan seperti itu. Tetapi kita sedar bahawa ia satu dosa yang panjang dan lama yang akan terus memburu sepanjang hidup kita. Oleh itu, hentikanlah kecurangan itu, hentikanlah angan-angan keseronokan sementara itu dengan bertaubat dan kembali kepada Allah. Perbanyakkanlah istighfar dan zikir dalam hidup kita, bila sahaja teringat benda yang tak baik, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah dan mohon Allah memelihara kita daripada terus terlibat dengan dosa.

Ketika bersama dengan suami, elakkan membayangkan lelaki lain, cuba focus pada layanan suami atau bagaimana mahu melayan suami dengan cara yang terbaik. Ia juga satu dosa lagi dengan membayangkan orang lain ketika bersetubuh.

Pada pendapat saya, puan telah punyai suami dan anak, sebaiknya puan tabah dan sabra untuk membahagiakan anak-anak dan suami. Usah dicari lorong lain yang belum tentu akan membahagiakan puan. Sementelah S juga telah berkahwin dan punyai tanggungjawabnya tersendiri. Memanglah pada ketika ini dia seadanya memujuk puan untuk bercerai untuk membuktikan kesungguhannya memperisterikan puan, namun ia tidak lain hanyalah umpan untuk mendapatkan 'habuan' daripada diri puan semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Cuba fahami kehendak lelaki dalam hal ini....

Jika benar dia mahu membahagiakan puan, nescaya dia tidak akan mengganggu rumah tangga puan lagi. Dia hanyalah lelaki yang datang untuk meraut madu yang berbaki cuma.

Puan, saya mengharapkan puan segera bertaubat dan tunaikanlah tanggungjawab benar puan kepada suami dan anak. Renunglah mata anak puan yang tentunya amat kasih dan perlukan suami sebagai bapanya. Renunglah wajah suami yang biar bagaimanapun dia, dia adalah suami puan yang sah dan bertanggungjawab membawa puan ke syurga.. tidak pada lelaki bernama S itu.

Maafkan saya puan.. Doalah semoga Allah mengubah hati kita ke jalan yang benar dan soleh.

tk




Visitor IP: 203.217.176.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA