Tuesday, November 18, 2014

Soalan: Isteri Curang

Nama*:farah
Tajuk*:Isteri Curang
Message*:As salam ustaz,

Saya ibu kepada 2 org anak lelaki 5 dan 1 tahun, sy seorang bekerja. Sy tidak mendapat kasih sayang yg sempurna dari seorang suami cth : hari jadi x penah suami wish apatah lagi untuk hari ulangtahun perkahwinan. Selama berkahwin 7 tahun 3 x saya penah jmpe sms berbaur cinta suami dan girlfriend dia. Tp setelah sy tahu suami sudah tidak lagi melayan semua g.f dia tu yg saya nampak di mata sy laa.

Tp semenjak menjak ni saya de berkawan rapat ngan suami org di tempat keje. Nak di jadikan cerita suami penah jmpe whatapps sy ngan lelaki tersebut. Dalam w.apps tu mmg berbaur cinta. Suami hantar sy ke rumah mak bapak sy dengan alasan x mahu melihat muka saya lagi. di kala ini laa sy keluar ngan boyfren sy sebanyak 2 x. Lepas seminggu suami pujuk ambil sy semula. tp benda nih berlaku sebanyak 6 x hantar dan ambil sy dri umah mak bapak s. 7 x sy di lempang sbb sy menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja sy tu. bila sy ajak suami berbincang dia x nak. Dia ego dia ckp sy perlu dengar ckp dia bukan dia yg dengar ckp sy. Kebetulah rumah dan kereta atas nama dia, semua dia ambil. dia biarkan sy menumpang kawan tuk g keje.

Sy nak tanya ustaz, wajarkah suami sy menghantar sy dan anak yg masih kecil ke rumah org tua saya. sedangkan sy pun de hak ke atas rumah yg kami duduk tu. Sbb sy penah keluarkan RM19K tuk membantu membayar duit rumah selama 2 tahun. Sy juga ada juga tlg bayar duit kereta.

Memang sy bersalah berkwan dengan suami org, mmg memula sy rasa heppy sgt sbb suami org tu layan sy, tetapi sekarang kami sebagai kawan sahaja x lebih dri itu.

Suami sudah memfailkan penceraian 3 hari lepas, tetapi sy x mahu bercerai dengan dia. Tlg laa saya, pe yg perlu sy buat sekarang????
File Upload:
Salam Puan

Keterlanjuran masa lalu tidak boleh diubah lagi. Suami bermain dengan orang lain, isteri juga ada peluang bermain dengan orang lain.

Pada saya, setelah suami memfailkan cerai, biarlah dia teruskan dengan permohon itu. Biar sahaja mahkamah menentukan status perceraian berkenaan. Puan hendak melawan arus pun tidak boleh dan tiada jalan keluar di sini.

Jika disahkan bercerai, puan perlu memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan hak puan atas harta sepencarian seperti rumah dan kereta. Manakala anak-anak pula mahkamahboleh putuskan siapa yang berhak untuk menjaganya.

Mungkin setelah berpisah nanti, puan dan suami akan lebih memahami dan menghargai erti ikatan perkahwinan. Ini suatu pengajaran terbaik untuk diambil iktibar.

Kita masih punyai Allah sebagai pelindung segalanya. Percayalah. kembalilah bertuhankan Allah kita. Dekatkan diri kepada-Nya kerana DIA sentiasa membantu hamba-Nya.

tk

Visitor IP: 168.1.13.89, 127.0.0.1,175.141.240.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA