Soalan: jatuh talak atau tidak
Nama*: | suria binti sabri |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..di sini saya ingin mohon bantuan tentang persoalan yang berlegar di fikiran saya.. baru-baru ini saya ada bergaduh dengan suami, hanya perkara kecil..main game sampai 4 pagi, sanggup x tidur, saya pun ambil tab yang dia tengah main tu. Sebab marahkan saya tak ikut kehendak dia, dia main-main cakap 'AKU CERAIKAN KAU DENGAN....'lepas tu dia diam...dia bersiul-siul, buat bising bg saya geram...saya dengar apa yang dia cakap, tapi saya buat tak tahu..saya pura-pura tidur, tapi di dalam hati asyik bertanya, dh jatuh ke talak ke atas aku?? Ya allah ustaz, tolong saya... |
File Upload: | |
Salam.
Puan pasti dengar suami berkata sebegitu?
Ayat ni tak berapa jelas sebab boleh jadi aku ceraikan kau dengan handphone ini....
Puan kena pastikan daripada suami juga.. minta penjelasan beliau sama ada ia cerai atau 'cerai' bermaksud pisah sahaja.. dapatkan kepastian dia.. dan terimalah pengakuannya itu...
tk
Visitor IP: 113.210.131.208
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.