Soalan: Lintasan Hati dan Bisikan Syaitan
Nama*: | Muhammad bin Johar |
Tajuk*: | Lintasan Hati dan Bisikan Syaitan |
Message*: | Assalamualaikum! Ustaz masalah saya agak kompleks. Beberapa tahun lalu saya sering dihantui masalah ini. Pernah berlaku bila saya ucapkan perkataan ini kepada isteri saya seperti.."selamat jalan"..."pergi dahulu"..."bye, bye"...akan ada seperti lintasan cerai. lintasan ini seperti tidak diundang dan datang dengan tiba-tiba. Untuk pengetahuan ustaz saya tidak mempunyai keinginan langsung untuk bercerai. Kemudian berdasarkan pembacaan saya, saya mendapat jawapan bahawa cerai tidak jatuh kerana ia hanyalah sekadar lintasan hati. Beberapa tahun kemudian (sekarang) datang seperti ragu-ragu dalam hati saya semula. Situasi ini sangat menyiksakan saya. Sehingga saya berfikir bila jatuh talak saya dikira telah rujuk semula kerana melakukan persetubuhan dengan isteri. Saya yakin saya hanya berfikir tidak melafazkannya, namun ada seperti bisikan yang saya mengucapkannya. |
File Upload: | |
Salam
Lintasan seperti itu tidak dikira.. Jangan layan perasaan dan bisikan dalaman seperti itu..
Niat ialah satu rasa dan kecenderungan yang kuat untuk kita buat sesuatu..
Visitor IP: 14.1.193.81
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.