Wednesday, November 19, 2014

Soalan: hukum suami menceritakan lafaz cerai kepada ibunya

Nama*:fina
Tajuk*:hukum suami menceritakan lafaz cerai kepada ibunya
Message*:Assalammualaikum,

Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan fina" kepada isteri,
Saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya :
1.Adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

2. di dalam perbualan tersebut suami ada berkata "aku ceraikan fina" dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak..



Visitor IP: 203.106.158.165

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA