Wednesday, November 26, 2014

Soalan: keluarga

Nama*:wati
Tajuk*:keluarga
Message*:asalamualaikum ustad . saya dan suami tngl sekmpung , ruma kluarga sya dan kluarga mntua tdak jauh .. jdi sya,suami, dan ank tngl di kedua2 buah rumah , mksud sya bergilir2 .. sya tau sesudah sya brkhwin , smstinya sya brkhwin dgn kluarga suami sya jga kn ? sya trima klebihan dan kkurangan mreka .. tpi ustad , suami sya tdak sprti sya , dia tdk dpt mnrima klebihan dan kkurangan kluarga sya ..apabla kmi d ruma sblah suami , smuanya ok, smuanya bole .. tpi apabila d ruma sblah sya pula , smuanya tdak .. mw bgduh dlu bru la dpt pulang ruma sblah sya .. bkan apa ustad , sya cma rsa tiada keadilan di situ .. apabila d ruma sblah sya bru skejap , sudah brgduh .. sya pn tdak tw mw buat apa .. sya mw mnjga hati dan perasaan smua pihak .. apa yng patut sya lakukan ?
File Upload:
Salam

Puan, cuba gunakan bahasa yang baik dan betul.. Kasihan pada bahasa Melayu kita bila disingkat seperti ini.

Perkara yang penting dalam kes ini ialah suami isteri tidak punyai rumah sendiri sebagai rumah mereka, masih menumpang keluarga. Perkara asas untuk kebahagiaan ialah suami isteri dan anak-anak tinggal sebumbung. saya nasihatkan berpindahlah ke rumah sendiri yang jauh daripada pengaruh ibu bapa mertua. Ia penting.

Selagi tidak boleh pindah, puan akan sentiasa makan hati dengan sikap suami seperti ini. Tidak apalah, puan kena banyak bersabar dan memang kebiasaan suami itu di rumahnya sejak kecil, dia terbiasa dengan cara hidupnya sendiri dan itulah yang dia selesa. Bila di rumah mertua, tentunya ada yang tidak selesa dan tentunya dia tidak suka diam lama di sana... fitrahnya sebegitu.

Bersabarlah selagi tiada perkara yang negatif terjadi..

tk

Visitor IP: 60.48.51.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA