Tuesday, November 18, 2014

Soalan: Bolehkah menuntut fasakh

Nama*:Zulia
Tajuk*:Bolehkah menuntut fasakh
Message*:Salam..
Seorang isteri terpaksa tinggal berjauhan dengan suaminya dan menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak seorang diri kerana si suami sering dipindahkan tempat bertugas oleh majikannya. Walaupun suami ada memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal, namun si isteri tetap perlu menanggung perbelanjaan sama banyak dengan apa yang diberi oleh suaminya. Hal-hal penjagaan, sakit pening, makan pakai anak-anak dan dirinya semuanya isteri terpaksa uruskan sendiri dari A sampai Z. Dia pernah minta kebenaran untuk tidak bekerja dan mengikut suaminya, namun suaminya tidak bersetuju dengan alasan si suami tak mampu menanggung perbelanjaan keluarga seorang diri. Si suami hanya balik menjenguk anak-anak dan isterinya paling kerap 2 minggu sekali, kadangkala hanya sebulan sekali pada hujung minggu. Itu pun si suami jarang membantu menguruskan rumahtangga dengan alasan letih dan mahu berehat. Soalan saya ialah, bolehkah si isteri itu menuntut fasakh dengan alasan terpaksa menguruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri?
File Upload:
Salam

Berkahwin bukan untuk bercerai.

Punyai suami jauh lebih baik daripada tidak punyai suami, tidak bersuami.

Kekangan kerjaya hari ini menjadikan perkahwinan jarak jauh semakin meningkat dan kehendak kebendaan menjerat nilai kemanusiaan dan erti kebahagiaan dalam bermahtangga. Ia terjadi kepada hampir semua keluarga.

Jika puan sudah yakin bahawa perkahwinan ini sudah tidak membahagiakan lagi, puan sudah cukup terbeban dengan keadaan ini, puan boleh memohon fasakh daripada mahkamah. Atau lebih mudah meminta diceraikan suami.

Sebelum itu, elok kiranya puan berbincang dan bergaduh besar dahulu dng suami menyatakan hasrat puan ini. Biar kita bergaduh dan tahu keperitannya baharulah puas untuk berpisah. Jika bercerai dalam keadaan baik, nanti menyesal seumur hidup pula.. he he...

kasihan juga pada anak-anak yang tidak berbapa.. terfikirkah hal ini kemudian hari?

Selamat beramal pd perkara yang baik...

tk



Visitor IP: 118.100.238.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA