Thursday, November 20, 2014

Soalan: Soal ruju'

Nama*:Riza
Tajuk*:Soal ruju'
Message*:Dalam masa iddah, suami berjumpa isteri:
Suami: awak nak pada saya lagi
Isteri: nak
Suami: saya nak kita ruju'
Isteri: (diam)
Suami: saya nak kita ruju'
Isteri: (masih diam)

Suami bawa isteri balik tinggal bersama.
Suami: saya nak ruju' awak
Isteri: kita kan baru bercerai, tak kan nak pergi mahkamah lagi untuk rujuk. Tunggulah dulu

Malam hari suami beritahu isteri: jauhkan diri awak dari saya. Kalau saya nak bersetubuh dengan awak, ruju' antara kita perlu didaftar di mahkamah terlebih dulu.

Kemudian isteri buat keputusan mahu tinggal berasingan sebab tak mahu kembali menjadi suami isteri. Isteri keluar dari rumah. Suami juga putuskan tidak mahu meneruskan niat untuk hidup bersama. Iddah juga telah tamat.

Soalan: adakah ruju' berlaku?
Suami tidak mahu lagi kepada isteri, begitu juga isteri tidak mahu lagi kepada suami:
File Upload:
Salam

Pada para satu dan dua itu telah nyata bahawa terjadinya rujuk walaupun tanpa perngakuan isteri. Dari segi hukum, rujuk akan terjadi setelah suami melafazkan rujuk walaupun tanpa persetujuan isteri. Rujuk juga tidak perlu didaftarkan di mahkamah untuk kesahan hukumnya. Mereka sah sebagai suami isteri.

Cuma pada malam itu suami isteri berasingan sedangkan dari segi hukumnya mereka telah sah menjadi suami isteri.

Tindakan selepas itu yang terus berasingan dan berpisah tanpa lafaz cerai adalah tindakan pilihan suami isteri.. Di sini tiada iddah kerana mereka adalah sah sebagai suami isteri..

Cuma kalau nak berpisah juga, kenalah suami lafazkan cerai... dan ingat, ia telah terjadi dua kali talak.

tk



Visitor IP: 183.171.165.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA