Nama*: | assalamualaikum |
Tajuk*: | AYAH TIDAK HIRAUKAN ANAK |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. Amat bterima kasih kpd ustaz sudi jawab semua persoalan kami yg jahil ini dgn sabar..hanya Allah mampu membalas segala budi baik ustaz.. saya telah bercerai dgn suami sy kerana tidak bersefahaman, dan dia terlibat dgn pil2 dadah..dpertemukan dgn hubungan kekeluargaan yg mana sy tidak mengenalinya sblum berkahwin..sy terima dgn redha ujian yg Allah beri..mungkin ini adlah hikmah mmbuat sy jg insaf dlm keadaan serba serbi.. cuma apa yg menjadi terbantut hati sy kini..ayah dia tidak pernah bertemu dgn anaknya selama kami berpisah...sy dan keluarga pernah cuba utk hubungi dr pihak mereka..tp mereka tetap marah dgn keputusan sy utk berpisah atas alasan dadah tersebut..mereka tidak percaya anak mereka sedemikian..syarat mereka, kena bawa anak ini pergi sendiri ke rumah mereka,sapa suruh minta bercerai.. jadi persoalan sy, apakah HUKUM sy tidak mmbawa anak ini berjumpa, dan bekas suami sy jg langsung abaikan anak ini,tidak bertanya khbar ,azan ketika br lahir etc..sy cuba besarkan anak sy dgn didikan agama sebaik mungkin..tp hati sy berbolak balik keadaan yg mana ayah dia tidak hiraukan ttg kami..dan hati sy lagi kecewa melihat keadaan ayahnya masih boleh bersuka ria dgn kawan2 dia di luar (lihat picture2 intagram) terima kasih uztaz... |
File Upload: |
Perceraian itu satu yang pahit, walaupun perkahwinan itu suatu yang ada pahit manisnya..
Apabila suami tidak mahu berjumpa anak-anak, bererti dia akan kehilangan anak-anaknya sendiri dalam tempoh terdekat.. semakin membesar anak-anak, mereka akan melupakan siapa bapa mereka. Pedulikanlah hal lelaki seperti itu. Biarlah dia dengan dunia bayangannya. Usah diharap kepada insan yang tidak bertanggungjawab.
Puan peliharalah anak anak dengan sebaiknya. Usah mengharapkan sesuatu daripada bekas suami lagi.
Islam tidak menyusahkan kita, tiada hukum apa-apa bila puan tidak bawa anak berjumpa bapa kerana puan sedar siapa bapa berkenaan.
Pada suami, dia berdosa kerana mengabaikan tugasnya kepada anak-anak.
tk
Visitor IP: 210.186.52.37
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.