Wednesday, November 12, 2014

Soalan: mandi wajib guna shower

Nama*:baizurah.. zurah78@gmail.com
Tajuk*:mandi wajib guna shower
Message*:salam ustaz..saya ada soalan yg ingin ditanya;-
1. sah ke kalau hanya niat " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".. utk haid,nifas,wiladah, berjimak...

2. Kalau guna shower, saya "on" shower kemudian berdiri di bawahnya sambil baca niat / niat dalam hati..betul ke cara mandi wajib tersebut?

3. kalau semasa mandi guna shower, air mandian dari badan terpercik pada permukaan shower tu dah bercampur dengan air shower yg sedang mengalir tu,sah ke mandi?

4. dan setelah ingin menyudahkan mandi, saya pulas paip utk tutup air shower, dan air shower tadi mengalir perlahan kebawah serta kena badan saya.
Soalnya adakah air lebihan mandi yg terpercik di permukaan shower yg tidak berlubang dan bercampur dgn air shower yg turun kebawah semasa saya sedang "off" kan shower lalu kena badan saya..,dikira air mustakmal? Sah ke mandi wajib saya ( sebab bila kita ingin tutup air shower, ia akan mengalir kebawah dan stop mengalir) sebab saya guna shower yg condong kebawah.
File Upload:images-755714.jpeg
Salam

1., sah.. memang sebegitulah niat mandi hadas besar...

2. itu yang terbaik

3. tak apa percikan tu.. ia kan air mutlak juga

4. ingat, hanya pada basuhan pertama sahaja yang dikategorikan sebagai air mustakmal (air yg telah digunakan) tetapi bila mandi dah basah seluruh badan berkali-kali.. itu dah jadi air mutlak..



Visitor IP: 1.9.102.255

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA