Nama*: | Sofea |
Tajuk*: | Nafkah zahir isteri |
Message*: | Salam. Saya dan suami telah empat tahun berkahwin. Mempunyai 2 orang anak berusia 3 tahun dan 6 bulan. Suami saya seorang pegawai tentera. Selama 4 tahun berkahwin kami hanya berkesempatan duduk sebumbung lebih kurang setahun setengah bermula pada pertengahan 2012 hingga hujung tahun 2013. Boleh dikatakan 90% urusan keluarga saya uruskan sendiri.Tiap bulan suami saya beri kepada saya RM1250. RM250 untuk pengasuh, yang sebenarnya sebanyak RM500, RM500 untuk ansuran kereta yang sebenarnya berjumlah RM1163, dan selebihnya sebanyak RM500 untuk perbelanjaan saya dan anak-anak, termasuklah makan, pakai dan keperluan lain. Saya tinggal dengan mak saya yang dah uzur. Saya masih perlu mengeluarkan belanja yg besar untuk menampung perbelanjaan. Bila saya minta pada suami banyak alasan yang diberi. Sedangkan dia tinggal dalam kem yang mana perbelanjaan bulanannya tak sampai pun RM300, walhal gaji bersihnya sebelum ditolak duit yang selali diberi kepada saya adalah memcecah hampir RM4000. Saya ingin bertanya, wajarkah saya memohon duit nafkah lebih daripada apa yang saya dapat sekarang? |
File Upload: |
Suami isteri ini sebenarnya perlu berkongsi, berkongsihidup dan susah payah keluarga bersama. Suami bukan seperti bapa ayam yang tahu pusing-pusing sebegitu sahaja.
Punca kes ini kerana puan tidak tinggal sebumbung. Sepatutnya perkara itu yang perlu diberi keutamaan, supaya hubungan lebih serasi dan saling memahami. Ukuran duit bukan nilaian yang perlu diambil kira sepenuhnya. Ia bersifat relative.
Usahakanlah untuk hidup sebumbung, kerana ia perkara pokok yang perlu dibuat.
Mengenai ketidak cukupan belanja, elok juga dibawa berbincang dengan baik. Nyatakan ketidakcukupan berkenaan, namun suami tidak suka ditekan atau dipaksa. berbincanglah dengan baik demi anak-anak dan keluarga masa depan.
tk
Visitor IP: 118.100.239.118
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.