Thursday, October 30, 2014

Soalan: Hak suami terhadap bekas isteri selepas edah

Nama*:Zalina Kamarudin
Tajuk*:Hak suami terhadap bekas isteri selepas edah
Message*:As sallam Ustaz

Saya ada kemuskilan dan kurang pasti sama ada sesuai di tanya sbb undang2 di JB dan Singapura beza tapi kalau dalam bab hukum hakam agama pastinya tiada beza.
Suami saya telah menjatuhkan talak satu pada saya dalam bulan Januari 2014 dan saya telah pun tamat waktu edah. Kami telah pun fail cerai dan masih dalam process hingga ke hari ini...tp hingga sekarang mahkamah tidak mengesahkan dan saya tidak pasti sama ada ini perlu sbb di mahkamah mereka cuma tanya cerai dah di lafazkan dan bertanya sama ada bekas suami ingin merujuk kembali dan suami ingin meneruskan penceraian.
Process kami masih berlanjutan dan akan ke mahkamah lagi pada tanggal 23/12.2014.
Soalan saya dari segi hukum kami sudah bukan suami isteri tp sampai sekarang belum dapat surat cerai kerana lagi dalam process mengenai tuntutan.
Bekas suami saya mengangap ia nya belum lagi sah selagi belum mendapat kata putus dari mahkamah..dan dengan itu dia masih menjaga gerak geri saya walaupun terkadang saya tidak balik ke rumah dan bermalam di rumah keluarga.
Pada saya dia tak berhak dan saya juga tak perlu bagi tahu dia kemana arah tuju saya dan saya hanya berpesan pada anak2 saya kemana.
Harap ustaz dapat menberi penjelasan dan patutkah bekas suami menjaga gerak geri saya sedangkan nafkah saya dan anak2 tidak di laksanakan
File Upload:
Salam.

Puan bertuah kerana masih ada orang yang sayang dan mahu menjaga puan. Ya la.. kadang-kadang ia merimaskan tetapi secara positifnya dia cuba untuk menjaga puan sebaiknya. Nanti bila mana dia sudah tidak pedulikan puan, puan akan terasa kehilangan seseorang yang 'caring' spt nya.

Setelah bercerai dan habis tempoh edah, bekas suami perlu menyara anak-anak jika anak-anak itu dijagai oleh isteri. Yang lain daripada itu, tiadalah apa-apa hak lagi suami ke atas puan sebagai bekas isterinya.

Puan boleh mohon nafkah daripada suami utk anak-anak..

tk




Visitor IP: 219.74.176.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA