Tuesday, November 4, 2014

Soalan: lafaz taklik

Nama*:Amirul
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:Salam ustaz,
Sebelum berkahwin sy ada 2 perempuan untuk di kahwini dan setelah berbincang mereka setuju bermadu. Selepas berkahwin dengan isteri, sy membuat urusan perkahwinan seterusnya, tanpa di duga timbul masalah dlm urusan tersebut dan dlm masa yg sama juga bakal isteri kedua telah di tunangkan dengan org lain oleh keluarganya. Apabila sy tahu akan hal tersebut, sy terkejut, marah dan stress. Terus sy menghubungi isteri dan memberitahunya jika dia (bakal isteri kedua) sah jd isteri org lain maka jatuh talak 1 bie dan ayg... setelah beberapa bulan dia telah berkawin dgn tunangnya. Adakah jatuh talak antara sy dan isteri sy?
File Upload:
Salam

Punah betul lah awak ni.. kenapa orang lain kahwin awak nak gadaikan perkahwinan awak pula...

Oleh kerana itulah lafaz taklik yang dibuat, maka jatuhlah talak ke atas isteri saudara dengan talak satu setelah perempuan lain itu berkahwin...

Saudara kena tinggalkan isteri saudara dan boleh dirujuk dalam tempoh edah, jika masih ada tempohnya...

tk

Visitor IP: 183.171.173.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA