Soalan: lafaz taklik
Nama*: | earin |
Tajuk*: | lafaz taklik |
Message*: | salam,suami saya ada melafazkan kalau kau keluar aku ceraikan kau talak tiga,oleh kerana ikutkan marah saya telah keluar dari rumah tapi hanya di parking kereta di kawasan rumah sahaja selapas seminit saya masuk semula ke rumah,jadi jatuh ke talak tiga?suami sy xmaksudkan keluar rumah,hanya maksudkan keluar sahaja.boleh ke talak taklik di tarik balik?risau kalau keluar rumah walaupun dengan izin suami takut terjatuh talak. |
File Upload: | |
Salam.
Taklik tidak boleh ditarik balik.
Dalam hal ini, cuba dapatkan kepastian dengan niat suami berkenaan. adakah dia hanya maksudkan pada ketika itu sahaja atau pada hari itu sahaja atau keluar tanpa kebenarannya... Jika dapat dipastikan maksud suami sebegitu, maka yakinlah dan ikutlah apa yang dimaksudkan..
tk
Visitor IP: 1.9.99.32
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.