Tuesday, November 4, 2014

Soalan: Ingin mendapat kepastian lafaz takliq

Nama*:Hisyam
Tajuk*:Ingin mendapat kepastian lafaz takliq
Message*:Saya Hisyam dari Banting, permasalahan saya, pagi semalam saya telah bertengkar dengan isteri saya. Kemudian isteri saya berkata dia akan keluar pergi tanpa pengetahuan saya.
Jadi dalam keadaan terlalu marah dan tidak sedar saya telah berkata "jika awak keluar dari rumah ini tanpa izin abang, jatuh talak satu" Saya berkata dalam keadaan saya hilang pertimbangan diri. Dalam pada masa yang sama, saya telah beristigfar dan solat sunat taubat bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Jadi, saya runsing, adakah lafaz takliq yang saya sebegitu sah? Saya ingin isteri saya jalani kehidupan seperti biasa dan keluar rumah seperti biasa. Apa yang perlu saya lakukan? Jika lafaz saya diambil kira, bolehkah saya ubah kata-kata saya "saya membenarkan isteri saya keluar seperti hari--hari biasa"? Apa tindakan yang perlu saya lakukan? sampai bila isteri saya akan tergantung dengan takliq tersebut jika ianya sah?
File Upload:
Salam..

Kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak boleh ditarik balik..

Dalam kes ini, terang saudarakan katakan keluar rumah tanpa izin... so.. selepas baik kembali, saudara sudah izinkan dia keluar rumah.. pada saya tidaklah ia menjatuhkan talak taklik. Tetapi jika dia keluar lagi tanpa izin saudara/ suami, maka jatuhlah talak..

senang nak cerita, saudara izinkan dahulu dia nak keluar ke mana pun.. kerana ia tidak menganggu dengan taklik yang disebut.

tk

Visitor IP: 122.129.120.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA