Soalan: hukum merancang keluarga
Nama*: | shima |
Tajuk*: | hukum merancang keluarga |
Message*: | Salam ustaz...saya ada adik ipar lelaki, die baru je nikah bulan 4 haritu.
Kemudian die dan isteri merancang tak nak ada anak dulu sbb tahun depan die dan isteri nak pergi umrah, alasannya leceh lar nanti kalau ada anak.
Saya pun tak pasti samada die merancang secara semulajadi atau makan pil perancang.
Soalan saya:
Apa hukumnya yer ustaz?
Boleh ke rancang keluarga dgn alasan menyusahkan lar.. |
File Upload: | |
Salam
Pada saya, elok dapatkan anak dahulu baharulah merancang (dengan makan pil atau apa ubatan yang patut).. Pada dasarnya Islam tidak melarang kita merancang untuk menjarakkan kelahiran atas kepentingan kesihatan dan ekonomi dsb..
Mungkin juga pada awal perkahwinan, suami isteri belum stabil lagi lalu dilewatkan dengan merancang. ia tidak menjadi masalah.. Cuma elok dapatkan ramai anak untuk kepentingan bangsa Melayu di sini.. op sorry..
tk
Visitor IP: 1.9.102.163
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.