Monday, April 15, 2013

Soalan: dilema edah

Nama*:nur inaz abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:dilema edah
Message*:salam ustaz,saya dilema kerana tgal beberape hari saje lagi edah saya habis..dalam hati yg paling dlm saya amat menyanyangi suami..akibat marah dia melepaskan cerai kerana saya ternmpak gmbar mesra dia bersama kekasih nya di fb..kami berkawin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki 8tahun..dlm tempoh edah dia xpenah bagi nafkah anak dan saya..banyak sangat kejahatan yg dia buat tapi saya masih sayangkn dia..dia ingin kembali kerana saya sajer yg paham akan dia..tp saya ragu2 dan hilang sudah kepercayaan pada dia..dlm doa sya selalu hrap dia berubah..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam Puan Nur Inaz,

Puan boleh dirujuk kembali oleh suami jika dia mahu selagi ada dalam tempoh edah. Tetapi jika selepas tempoh edah, puan juga boleh dinikahi kembali oleh bekas suami. Ia tidak menjadi masalah.

Masalah besar ialah bagaimana kesediaan puan menerimanya dan bagaimana pula dia sedia menerima puan. Bawalah berbincang dengannya utk meleraikan sedikit kebuntuan di sini. Berlapang dada dan luahkan apa yang tersirat sebelum apa-apa jua keputusan diambil.

Saya kira inilah masa yang terbaik kepada puan dan suami untuk menilai erti sebenar sebuah kebahagiaan dan sebuah rumahtangga... tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA