Tuesday, April 23, 2013

Soalan: JATUH TALAK MELALUI TELEFON

Nama*:Najwa
Alamat Email:sitinajwaibrahim@yahoo.com
Tajuk*:JATUH TALAK MELALUI TELEFON
Message*:As Salam Ustaz, saya ingin bertanya satu soalan kepada ustaz,
saya bercadang ingin memulakan hidup baru saya tanpa suami saya atas sebab2 tertentu yang sekian lama sudah bermasalah. saya sekarang tinggal bersama ibu saya buat masa ini.  dia tidak mahu melepaskan saya, secara realiti kami masih suami isteri tetapi hidup berasingan disebbkan dia tidak menceraikan saya, tetapi pada satu malam dia ada menelefon saya, mengerahkan sy pulang ke rumah pada masa tertentu. jika saya berdegil, dia mengeluarkan ayat seperti ini " kalo x balik jatuhla talak".  masa itu sudah pun berlalu di mana sy tidak juga pulang ke rumah kerana sy ingin memulakan hidup baru tanpa suami saya. Apa maksud itu ustaz? adakah sah penjelasan suami saya itu? adakah kami masih lagi suami isteri atau pn tidak.

diharap ustaz dapat membantu saya dalam hal ini.

terima kasih ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 122.255.112.2

Perkahwinan seharusnya untuk membahagiakan pasangan. Bukannya perceraian.

Dalam hal ini, keengganan puan pulang ke rumah suami adalah satu dosa. (Maaf saya tidak tahu apa yang berlaku antara puan).

Namun lebih jauh lagi, puan tidak pulang juga walaupun suami mengaitkan dengan talak... Oleh itu, ia telah menjatuhkan talak satu atas apa yang diterangkan oleh puan. Itu yang saya faham, talak satu telah terjadi..

tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA