Wednesday, April 17, 2013

Soalan: Sumpah tidak seiring dengan niat..(salah sebut)

Nama*:Hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:Sumpah tidak seiring dengan niat..(salah sebut)
Message*:Asslamulaikum Ustaz.

Saya ada sedkikit kemusykilan, situasinya begini saya ragu-ragu tentang satu lafaz talak sama ada jatuh atau tidak terhadap isteri. Slps itu saya bertanya kepada mereka yang arif dalam bab agama dan dia diyakini oleh mereka yang arif ini bahawa usah risau..100% talak tidak jatuh..confirm tak jatuh berdasarkan hukum syarak. Tapi selepas beberapa minggu saya didatangi perasaan was-was tentang lafaz talak tersebut. Akibat terlalu tertekan, lantas untuk menguatkan keyakinan dalam hati saya..saya telah bersumpah atas nama Allah. Malangnya sedikit kekeliruan timbul apabila saya tersalah sebut ketika bersumpah. Maksud di sini ialah lafaz sumpah tidak seiring dgn niat. Niat benda lain tapi lafaz sumpah bende lain. Ada percanggahan di situ. Untuk makluman ustaz macam ni lafaz sumpah tersebut..
"Wallahi..wabillahi..wattallahi..aku bersumpah atas nama Allah bahawasanya aku sesekali tidak akan menidakkan atau menafikan lafaz talak tersebut..jika tidak Kau laknatlah aku ya Allah"..subhanallah..maafkan saya ustaz...akibat terlalu tertekan saya terpaksa bersumpah begitu..

Isunya di sini ustaz..saya telah tersedar bahawa saya telah tersilap lafaz..pada ayat ..'sesekali tidak akan menidakkan atau menafikan lafaz talak..'..kalau dinilai dari segi maksud..ia memberi maksud mengiakan atau membenarkan lafaz talak tersebut...tapi dalam hati saya..saya berniat supaya saya TIDAK mengiakan atau membenarkan lafaz tersebut..saya sepatut berkata ..'aku sesekali tidak akan mengiakan atau membenarkan lafaz talak tersebut.."....ternyata saya telah tersilap lafaz dengan tak sengaja dan tidak berniat utk lafaz dengan ayat macam tu..dan sumpah saya telah lari/ terpesong dari niat asal..

Jadi macam mana ustaz, apakah hukumnya..adakah jatuh talak terhadap isteri saya akibat lafaz sumpah yang tidak seiring dgn niat itu..? Tolongla saya ustaz..saya buntu..saya tau saya tak patut main-main dgn sumpah..saya berjanji tidak lagi bersumpah sesuka hati.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam.

Perkataan seharusnya terbit mengikut apa yang diniatkan (diqasadkan). Oleh kerana sumpah ini disebut tidak mengikut maksud asal penuturnya, maka pada pendapat saya, ia tidak memberi kesan kepada apa yang dilafazkan (disebut).

Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak.

Cuma seperkara yang saya dapat nilai pada kes ini ialah saudara terlalu terikut dengan was-was yang menghantui saudara. Was-was ini amalan syaitan, ia tidak perlu dilayan kerana syaitan sentiasa mahu merosakkan kehidupan manusia muslim. Kadang-kadang hendak solatpun susah tertekan oleh rasa ragu-ragu yang melampau. Hindari dan ubati was-was... tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA