Tuesday, April 30, 2013

Soalan: Fasakh / ta'lik

Nama*:Iza
Alamat Email:
Tajuk*:Fasakh / ta'lik
Message*:Assalamualaikum

Ustaz..

Saya sudah berkahwin selama 3 tahun lebih.. Masa bertunang saya ada bercadang utk putuskan pertunangan saya..tetapi memikirkan ibu dan ayah saya yang uzur ketika itu saya membatalkan niat saya. Saya nak putuskan pertunangan sebab saya dapat tahu dia suka menipu... duit hantaran pun keluarga dia yang tanggung.. masa nikah... cincin nikah saya pun saya yang beli sendiri... duit bayar tok kadi pun abang ipar dia yang bayar....Sejak kahwin.. suami tidak pernah memberi nafkah... bila saya minta dia ckp tiada duit... x cukup duit... saya tertekan sangat... dapur rumah langsung tak berasap kalau saya tak beli keperluan... persiapan raya yang setahun sekali setakat beli baju raya sehelai pun tak boleh.... bil api bil air bil astro kalau saya tak bayar x kan la dia bayar (skrg sy biarkan astro x byr)... kadang kala dia nak hisap rokok saya pulak yang kena bagi duit... tahun 2011 saya buat pinjaman nak berniaga online jual emas.. dia kata dia nak tolong jualkan... saya bagi sbb dia kata ada kawan dia nak beli... tapi sampai sekarang tiada apa yang saya dapat.tak cukup dengan tu. gelang tangan saya hbs dia curi. kamera saya dia curi. jual juga.
galaxy tab saya pun dia jual. satu satu benda dia buat saya terima. sya maafkan dia.tapi dia tak pernah berubah.

sekarang ni dah 7 bulan suami berhenti kerja.(salah dia). saya suruh dia cari kerja.suruh dia isi borang tak di buatnya. bertambah beban saya. sampai makan bersekat sekat. kalau la perangai suami tu menyenangkan tak pelah juga. ini dapat jumpa kawan. dari pukul 8 malam bawak ke pukul 12 pun x balik2.satu lagi perangai dia suka sangat main snooker. dah larang pun buat lagi.kalau duduk di rumah tengok tv je. tak delah dia nak tolong basuh baju kemas rumah dsb. saya juga la kena buat semua. dari cari duit.beli makan pakai kemas rumah. layan keinginan dia.... sy turut... saya buat... adakala mmg saya marah dia... tahap kesabaran saya makin nipis... sekarang ni mmg kerap saya marah... saya tak tahu nak buat apa... skrg ni di fikiran saya... nak tuntut fasakh / taklik sahaja... perlu ke saya tunggu dan sabar lagi?
File Upload:
Visitor IP: 122.129.122.130

Salam Puan,

Dalam kes seperti ini, elok puan bawa ke tengah.. maklumkan kepada Pej Agama dan boleh berunding utk mohon fasakh. Sukar hendak mengawal seorang suami yg tidak bertanggungjawab. Itulah sikapnya...

mohon maaf. tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA