Sunday, April 21, 2013

Soalan: talak taklik

Nama*:azimah
Alamat Email:azjeemah@yahoo.com
Tajuk*:talak taklik
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya. Baru-baru nie kami suami isteri telah bergaduh dan saya telah merujuk kepada kaunselor PAID bagi sesi kaunseling. Dalam sesi tersebut, kaunselor tersebut mendapati bahawa suami saya de melafaz empat kali lafaz talak taklik kepada saya.

Saya telah menfailkan kes tersebut di Mahkamah Syariah. Soalannya sekarang ialah, saya ingin tahu samada talak tersebut jatuh atau tidak. Tapi malangnya kesemua lafaz yang saya failkan itu adalah dari segi kefahaman saya dan bukannya lafaz sebenar yang diucapkan suami saya. ini adalah kerana saya mahupun suami tidak ingat akan lafaz tersebut. saya pun tidak menyangka bahawa lafaz tersebut berupa taklik kerana seingat saya ianya berupa ugutan. malahan suami saya menyatakan bahawa dia berniat untuk mengugut saya agar ikut apa yang dikehendakinya.
File Upload:
Visitor IP: 58.26.127.135

Salam Puan,

Lfaz taklik ialah kata-kata (termasuklah ugutan) suami kepada isterinya untuktidak melakukan sesuatu perkara (ata pekerjaan dsb) yang dikaitkan dengan CERAI @ TALAK. Sebarang ungkapan yang dikaitkan dengan cerai boleh dikira sebagai lafaz taklik.

Adakah telah jatuh talak? Jika larangan yang disebut dalam lafaz itu telah berlaku @ terjadi, maka jatuhlah talak.

Di sini kita faham bahawa suami kurang pengetahuan agamanya.. dan puan perlu membantu dalam hal ini..

Jika ia telah difailka di mahkamah, maka biarlah mahkamah memutuskannya. tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA