Friday, April 26, 2013

Soalan: hukum minta dilepaskan

Nama*:musliha
Alamat Email:
Tajuk*:hukum minta dilepaskan
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sy dan suami tggl berjauhan, kami baru brkhwin dalm temph kurang dari setahun dn brjmpa kdng2 3@4 bulan sekali..
Sebelum nie, suami ade terkantoi dgn sy, melalui sms, laman sosial dn mcm2 lg, yg mmbuktikn die ad hubungan dgn prmpuan lain, tp die x prnh nk mengaku..
Sy slalu doa agr Allah S.W.T tunjuk kn kebenaran pd sy..dn pd satu malm, sy call suami dan alangkah terkejut bile sy mendgr suara prmpuan lain sdg asyik melayn suami sy..x dpt sy bygkan apa yg terjdi pd masa tu..dn sy tkde kekuatan utk dgr lg ape yg trjadi..hancur ati sy sbg seorg istri..sy minta suami utk lepskan sy, dan suami ckp yg sy sngaja fitnah die..cume die ckp akn lepaskn sy setelh sy melahirkn bayi kami kelak..sy minta ustaz utk jelaskn, apa hukum bile sy minta dilepaskn, dan apakh langkh yg perlu sy ambil..dan adakh akn jatuh talak setelh sy melahirkn ank kelak..
Terima kasih ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 60.53.72.17

Salam

Perkahwinan itu sentisa ada dugaan dan cabarannya. BErpisah itu mudah, semudah Aku ceraikan kau!..

Fikirlah dan carilah jalan untuk membina kebahagiaan.

Tidak baik jika isterimeminta cerai, cuma dalam kes seperti ini, elok diselidiki dahulu kebenarannya. Takut macam cerita P Ramlee- Masam masam manis, yang dibuat tu sekadar diada-adakan sebagai helah untuk mendekatkan suami isteri...

Saya bependapat ia tidak mejatuhkan talak kerana suami berkata dalam nada yang tidak jelas; sama ada ia betul-betul taklik atau sekadar ; nantilah aku fikir epaskan enkau lepasa bersalin..

ontah le jang.. sori ek..tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA