Nama*: | Shah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Mengulang lafaz..(tak sengaja dan diminta berbuat demikian) |
Message*: | Asslamualaikum Ustaz, Cuma ingin menambah ilmu pengetahuan, bagaimana hukum nya untuk situasi di bawah; 1) Suami mengulang semula LAFAZ CERAI SORIH yang dilafaz kpd isteri sebelum ini di hadapan Hakim ketika perbicaraan di mahkamah ketika diminta berbuat demikian oleh Hakim? Adakah akan jatuh talak kali ke 2? Seperti yang kita tahu lafaz sorih tidak perlukan niat. 2) Si suami ditanya oleh rakannya.."Bagaimana lafaz cerai yang kau sebut tu?" Si suami menjawab soalan itu dengan satu LAFAZ YANG SORIH yang telah dibuat kpd isterinya..jwpnnya adalah untuk menjawab soalan rakannya itu. Itu sahaja. 3) Si suami cuba mengingati semula lafaz sorih yang pernah dibuat sebulan yang lalu..apabila dia ingat..dia secara tak sengaja terlafaz dimulut..tapi TIDAK DINIATKAN/ DIQASADKAN kepada isteri. Sekadar mengingati semula perkara yang lalu. Tapi itu ialah lafaz sorih. Soalan saya, apakah jatuh talak untuk kali ke 2 untuk situasi-situasi di atas? Atau tidak jatuh talak..kerana lafaz yang dilafaz semula itu adalah hanya untuk merujuk kepada situasi/ peristiwa yang telah terjadi..dan si suami tiada niat menceraikan isterinya sekali lagi walaupun lafaz itu lafaz yang sorih.Diharap ustaz memberi jawapan yang merangkumi semua situasi di atas. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam,
1. Perulangan sebutan talak di hadapan hakim seperti kes ini tidaklah menjatuhkan talak kedua. Ia kerana sebagai satu penjelasan kepada hakim akan kes yang terjadi dahulunya.
2. kes yang kedua juga sama. ia tidak menjatuhkan talak ke dua
3. Ia tidak memberi kesan kepada cerai kedua atau seterusnya
Pada saya, ia satu penjelasan kepada apa yang terjadi (talak satu yang pertama) bukannya ungkapan untuk menjatuhkan talak ke dua dan seterusnya.. tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.