Sunday, April 21, 2013

Soalan: dilemma

Nama*:nur inaz abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:dilemma
Message*:salam ustaz,
edah sy tlahpun habis jumaat lalu..sya ade mngajak bekas suami tuk berjumpe tuk kli terakhir krn sy mahukn pjelasan ats smua yg blku..dia mnceritakn smuanya..kebenaran tu mmg pahit..dia berkasih gn istri org brank 2 sudahpn 4thun..kekasih nya tu xbhgia brsma suami..katenya..dan pompuan tu penah 3x mngugurkn ank dia..betapa hncur luluhnya hati saya ustaz..dia meminjm ahlong tuk mnpung prbelnjaan smasa gn btina tu..jupe smua dihotel2..krna btina ni ank org kaya..sedangkn sy dan ank mkn minum kami xdihiraukn..tp lepas sy fail cerai smua berubah ktenya..dia xbleh fokus pd kerje..dia sudah xmerasa indah lg gn pompuan tu..dia asik mencri psal tuk brgaduh..byak kebohongan btina tu terkantoi satu prsatu..dan akhirnya bkas suami mnelefon suami btina tu dan mceritakn smuanya dan ingin stop kn smua nih..dia mceritkn smua pd sy wlupun dia bleh sj rujuk saya bila2 mse dlm edah..tp dia xnk buat mcm tuh..dia nk sy trima dia seadaanya..dan dia mula minum kmbli tuk ilngkn stres dia..tu yg pling myeksekn sy mndgr..sy mintak dia brjnji tuk xmnum lg..tp dia ckp sudah xde smngat hidup..dan berkli2 dia brtyekn sy masih ade sisa ksih pd dia? sy berat tuk mngatakn sudah hilang smua rase..krna sy xnk dia trus merosakn diri dn mase dpan dia..sya tak layak tuk mnghukum dia krna sy jua mnusia biase..cuma sy minta bg sy dan dia waktu,dia ckp mahu setelkn smua msalh dia dn akn kmbli pd sy dlm kedaan bersih katanya krna dia xnk sy terbabit dlm msalh dia..patutkah atau wajarkah saya bernikah smula sedngkn dia dah melakukn sya shingga ketahp itu?tp dlm hati yg paling dlm msih syg pd nya..bolehkh dia berubah sedang hati dia sudah hitam dgn dosa2 lalu..sedangkn sy terseksa bila mngigatkn prbuatan dia..terima kasih ustaz sd mbca..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam puan,

Membina kebahagiaan tidaklah semudah menyiapkan sebuah rumah untu didiami. Ia mengambil kira soal hti dan perasaan, soal rasa kasih dan tentunya sebuah PENGORBANAN yang amat besar. Dalam pada itu, soal AGAMA adalah perkara penting dan utama yang perlu dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Kita tidak berpijak pada ekonomi, tidak bertunjangkan kasih sayang semata-mata, tanpa adanya TUHAN dalam kehidupan kita. Langkah pertama ialah marilah kita kembali kepada ALLAH, kembali menghayati erti hidup seorang muslim dan muslimah sejati. Tingkatkan ilmu agama dan penghayatan agama dalam amalan seharian kita. Itu perkara pokok.

Kepada bekas suami, berilah dia ruang untuk dia mendekatkan diri kepada ALLAH dan agama ini. Mungkin puan boleh membantunya mendapatkan seorang rakan soleh yang sedia membimbingnya ke jalan yang benar. Bantulah dia mencari hidayah ALLAH.

Saya percaya, jika dia bertaubat dan kembali ke jalan ALLAH, dia pasti akan mencari puan sebagai isterinya. Berdoalah ke arah perubahan yang lebih baik.
 tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA