Sunday, April 28, 2013

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Salam ustaz.
Saya ingin mohon penjelasan dari ustaz mengenai lafaz cerai.
Saya pernah bertanyakan masalah tersebut kepada ustaz dan ustaz mengatakan tidak jatuh talak.
Saya pula bertanya kpd :
> Jabt mufti selangor : mereka kata tidak jatuh talak
> jabt mufti perlis : tak jatuh talak
> soal jwb agama di radio. : jatuh talak atau tak bergantung pada niat
> pejabat agama melaka : ustazah di pejabat agama ckp tak jatuh talak..saya berhubung dgn pjbt agama hanya melalui telefon.
> pejabat agama selangor : mereka minta dtg dan buat pengesahan lafaz dan katanya mahkamah akan bg keputusan.
Saya nak minta nasihat dari ustaz...adakah saya perlu yakin yang talak tersebut tidak jatuh ( yakin pada diri ) @ adakah saya perlu buat pengesahan di pjbt agama..
Suami saya dah beri penjelasan pada saya yang talak tak jatuh dan suami tak mahu ke pjbt agama..
manakala ustazah di pejabat agama ada beritahu jika suami menafikannya maka mahkamah akan tolak.
Mohon penjelasan ustaz.
Tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.23.208

Salam

maaf lah.. saya pun tak tahu mana satu kes anda ni... terlalu banyak soalan yang saya jawab, dah tak tahu yang mana satu..

Baguslah inisiatif puanutk bertanya di merata tempat.. akhirnya puan sendiri yang keliru...

suasah juga yek.



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA