Thursday, April 18, 2013

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:fina
Alamat Email:fina77@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:salam ustaz..
Saya seorang ibu muda yg ada 2 org ank kecil. Satu hari saya rasa geram sebab anak saya tak nak mkn dan saya marah anak saya.
Kemudian suami marah saya dengan nada tinggi dan sangat marah kerana saya mengabaikan anak2..
Ketika suami marah, dgn nada tinggi dan marah, suami ada berkata spt berikut:
1. kalau kau taknak jaga anak lg...kau blh keluar dari rumah ini dan jgn berani dtg sini lg dan aku tak nak tgk muka kau lg.
2. kalau dh tak suka, pergi keluar dari rumah ni.
3. kalau nk sgt kerja...pergi..aku blh jaga anak2 dan kalau dh keluar jgn dtg lg.

Saya merasakan kata-kata suami itu hanya utk memberi amaran dan peringatan shj kpd saya.
Adakah lafaz tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?
Boleh tak ustaz terangkan mengenai apa itu lafaz kinayah dan apakah yg blh menyebabkan ia jatuh talak?
Mohon penjelasan ustaz mengenai masalah saya.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.42

Salam Puan Fina,

Lafaz berkenaan adalah lafaz yang tidak jelas (kinayah) berkaitan talak. Ia perlu dirujuk kepada suami, apakah yang dimaksudkan sebenarnya oleh suami. Adakah ia bermaksud CERAI atau ia sebagai suruh untuk 'keluar dari rumah' sahaja.

Lafaz kinayah tidak menjatuhkan talak kecuali dengan niat - disertakan niat- untuk mentalakkan isteri. So, puan kena rujuk kepada suami dalam hal ini.

tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA