Nama*: | afiq |
Alamat Email: | afiq.yusof2050@gmail.com |
Tajuk*: | parti lain |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. saya ada 1 kemusyikilan.situasi antara suami dan isteri yg berlainan parti politik..si suami yg terlalu taksub dgn partinya berkata kpada isterinya "hilang tanggungjawabku ke atasmu jika kau x sehaluan dganku".. 1.apakah sudah jatuh talaknya ustaz? 2.ataupun jika si isteri mengundi parti yg tak sama dgan suaminya barulah jatuh talak tersebut? 3.adakah isteri terpaksa mengikut cakap suaminya kerana ingin menjaga rumahtangga mohon penjelasan ustaz kerana ini terjadi dalam keluarga saya.mohon sangat2 ustaz.. |
File Upload: |
Salam saudara Afiq.
Perbezaan pendapat dan pegangan dalam politik tidak seharusnya dilibatkan dengan menggadaikan sebuah perkahwinan. Usah begitu rapuh memusnahkan hukum syarak yang halal kepada yang tidak halal (zina).
Ucapan suami "Hilang tanggungjawabku ke atasmu jika kau x sehaluan denganku" adalah lafaz talak yang jelas, iaitu ia menjatuhkan talak, cumanya ia dikaitkan dengan 'jika kau tidak sehaluan denganku'. Andainya isteri sehaluan dengan suami, maka tidaklah jatuh talak pada ketika itu. Tetapi jika isteri masih tidak boleh sehaluan maka akan jatuhlah talaknya.
Bilakah jatuh talak berkenaan? Merujuk pada lafaz berkenaan, suami tidak menyatakan waktunya, mungkin waktunya pada ketika ia dilafazkan atau boleh jadi pada ketika mengundi.
Dalam hal ini, isteri kena merujuk kepada suami untuk mendapatkan penjelasan akan waktu talak itu 'berkuatkuasa' sama ada pada waktu mengundi atau pada waktu ia dilafazkan. Jika pengakuan suami pada waktu mengundi, maka ia masih selamat, jika pada ketika ia dilafazkan, ia bererti menjatuhkan talak satu (atas andaian isteri masih tidak sehaluan dengan suami). Mohon penjelasan daripada suami.
Dalam perbezaan pendapat, tiada siapa boleh memaksa; baik suami mahupun isteri. Masing-masing punyai pegangan dan keyakinan yang pasti. Cuma boleh diusahakan perbincangan terbuka dan cuba meyakinkan satu pihak dengan pihak lain. Itu sahaja. Berdoalah kepada Allah untuk diberikan hidayah dan taufik-Nya.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.