Sunday, April 14, 2013

Soalan: sumpah

Nama*:azie
Alamat Email:dayangariani@gmail.com
Tajuk*:sumpah
Message*:assalammualaikum ustaz, Rumahtangga saya sgt bermasalah.. sudah lama saya bertahan.. suami sya seorang yang panas baran, tidak bertanggungjwb dari segi nafkah zahir dan batin, tidak bersembahyang..kuat cemburu..kuat menghina..sukar memaafkan dan paling suka mengungkit setiap kejadian yg berlaku..wlupun kejadian itu sudah berbelas tahun berlaku. Sebenarnya uztaz, sya pernah terlanjur dan sya amat menyesali perbuatan sya..sya telah berubah..sya tidak pernah mengaku kepada suami sya.. kerana sifatnya yg sukar dijangka.. Sya telah cuba mempertahankan rumahtangga ini dgn mengikut kehendak dia..sya berkejaya..mlh sayalah yg bertanggungjwb di atas setiap sen perbelanjaan di rumah.. saya cuba berubah mengikut apa yang diinginkan.. hendak ke mana pun saya akan minta izin..tp suami sya tidak pernah berubah..sehingga lah skrg dia masih mengungkit ttg kejadian itu.. sehingga kan setiap hari berlaku pertengkaran.. dan saya bertekad untuk tidak mempertahankan lagi rumahtangga ini.. suami terasa terancam dgn tindak tanduk sya dimana dia tahu tanpa sya dia pasti sukar kerana tak punya kewangan yg kukuh.. Baru2 ini ustaz suami mahu saya mengaku sya pernah terlanjur.. dia mengajak sya melakukan sumpah laknat demi memuaskan hatinya.. tapi bkn atas tujuan untuk menyelamatkan rumahtangga kami.. perlukah sya menurut desakan dia... ustaz.. Andai saya menfailkan permohonan cerai di mahkamah.. adakah pihak mahkamah boleh mengarahkan saya melakukan sumpah laknat.. Mohon penerangan ustaz.. Wassalam..
File Upload:
Visitor IP: 124.13.222.9

Salam Puan Azie,

Perkahwinanan seharusnya bermula dengan penerimaan suami dan isteri atas apa sahaja kelebihan dan kekurangan pasangan. Pada awal pengenalan dan keputusan untuk berkahwin seharusnya bermula atas kesedaran dan kefahaman ini; yang akhirnya kelebihan itu dimuliakan dan kekurangan itu ditutupi. (Bukan hanya isteri, suami juga banyak kelemahannya..)

Mengenai ugutan untuk mengadakan sumpah laknat, apakah kebaikannya kepada rumah tangga puan? Saya kira ia tidak memberi apa-apa erti selain mencari kelemahan pasangan semata-mata. Ataupun puan boleh juga mengugut bahawa suami yang puan nikahi adalah suami yang 'bersih' daripada zina sebelum dia berkahwin!

Saya menasihati puan membawa perkara ini ke kaunselor bagi mendapat nasihat dan pertimbangan wajar. Jika puan merasakan perkahwinan ini tidak membawa apa-apa erti kebahagiaan, mohonlah untuk bercerai, jika itu jalan terbaik buat puan.

salam hormat.

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA