Nama*: | Insan Keliru |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Lafaz sorih berbentuk pertanyaan |
Message*: | Asslamualaikum Ustaz. Saya ada 2 soalan ustaz. Jatuhkah talak yang berbentuk pertanyaan. Contohnya, saya mmg yakin takde lafaz yang keluar dr mulut. Utk sedapkan hati..SAYA BERKATA DALAM HATI.."Hmm...ni kalau pergi mahkamah confirm takde apa ni..sebab memang takde lafaz yang keluar dr mulut kau..nanti kalau hakim tanya..lafaz macam mana keluar dari mulut kamu?Adakah seperti "Aku ceraikan engkau..??"..atau.."KITA BERCERAI SAJA??" ..nanti kau nak jawab apa?.. Soalannya.. 1)Kemungkinan pertama: Saya ragu-ragu samada sekadar dalam hati atau keluar dari mulut.Bagaimana sekiranya saya memang tersasul dan terlafaz semula dengan jelas pertanyaan lafaz sorih tersebut yang ditanya 'hakim' tersebut? Adakah jatuh talak ke atas isteri ustaz bagi lafaz sorih yang berbentuk soalan begitu tapi ianya tidak dituju/diqasadkan pada isteri? Seperti yang diketahui lafaz sorih tidak memerlukan niat. 2) Kemungkinan kedua: Bagaimana pula jika saya ragu-ragu sama ada terlafaz atau tidak lafaz yang berbentuk soalan itu..tapi yang pasti ketika itu mulut saya ternganga ustaz. Sukar utk saya jelaskan dalam saya keadaan macam tu..macam ada gerakan lidah tapi semacam saya tidak mendengar apa2..tertekan dibuatnya. Apa pendekatan yang perlu saya amik ustaz? #Setahu saya kalau lafaz berbentuk soalan tidak jatuh kan ustaz kerana ianya bukan ditujukan kepada isteri. ia berbentuk soalan. Betul ke ustaz? Atau bolehkah dibuat kesimpulan bahawa semua lafaz cerai yang berbentuk pertanyaan tidak jatuh talak? |
File Upload: |
Salam
Lintasan hati tanpa disebut tidaklah menjatuhkan talak..
Keraguan yang ditimbulkan di sini adalah kelemahan peribadi. Ia perlu diubati segera..
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.