Monday, April 22, 2013

Soalan: lafaz talak

Nama*:gee
Alamat Email:fuziuniq@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz talak
Message*:assalammualaikum ustaz, suami mengesyaki saya ada hubungan istimewa dan rakan sepejabat. Akhirnya setelah kami bertengkar suami ada meminta sya untuk bersumpah di atas beberapa perkara.. akhirnya saya bersumpah yg saya tidak membuat perkara yang dinyatakan oleh suami saya.. tapi dia ada menyebut saya tidak boleh bercakap tipu berkenaan dengan rakan pejabat saya itu.. jika saya bercakap bohong jatuh talak. tp tidak di nyatakan talak berapa.. adakah jika saya bercakap bohong demi menjaga maruah atau tidak mahu membesarkan masalah yang sedia ada, adakah jatuh talak uztaz.. mohon pandangan dari ustaz.. wasalam
File Upload:
Visitor IP: 124.13.222.9

Salam puan..

Persoalan saya, bilakah ungkapan ini; "tapi dia ada menyebut saya tidak boleh bercakap tipu berkenaan dengan rakan pejabat saya itu.. jika saya bercakap bohong jatuh talak" dilafazkan? Adakah setelah puan bersumpah atau sebelumnya. Jika selepas bersumpah, bererti puan tidak boleh menipu atau menyembunyikan sesuatu perkara berkaitan puan dan rakan sepejabat puan. Jika puan menipu, akan gugurlah talak (jatuh talak) dengan talak SATU.

Jika ungkapan itu disebut sebelum lafaz sumpah, sedangkan puan sememangnya ada hubungan dengan rakan sepejabat, maka tipuan itu -ketika bersumpah- telah menjatuhkan talak; talak SATU.

Oleh kerana suami mengaitkan tipu dengan talak, bererti puan tidak boleh menipu lagi ttg hubungan puan dengan rakan sepejabat selepas ini. Biarpun tujuan kita baik untuk menjaga maruah dan tidak mahu membesarkan masalah, tetapi PENIPUAN itu tetap tidak dibenarkan kerana ia dikaitkan dengan talak. Ia menjatuhkan talak SATU.

tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA