Thursday, April 25, 2013

Soalan: Dilema berakhir..

Nama*:Nur Inaz Bte Abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:Dilema berakhir..
Message*:salam ustaz, stiap solat sy doakn supya dbuka pintu taubat n dberi hidayah serta nur NYA..sy cuba menarik dia kluar dr trus mlkukn dosa2 nya..ya pintu taubat Allah slalu trbuka tuk hambanya..tp smlm sy hilang pertimbngan yg waras dan memarahi dia dan mnyatakn dia tak layak tuk ank sy krna dia minum skli lg..dia mngaku smua nih kesilapan dia dan berjanji akn berubah perlahan2..dan minta sy brsabar..sy mngajak dia lari dr sni dan start new life tuk kami ber3 jer..tp dia ckp xbleh..dia kena setelkn dlu hal dia dsni..bila sy asik mdesak dia akhirnya dia mngaku yg perempuan yg sy nmpk dlm gmbar tu (janda bukn yg istri org) skrg sedang mngandung..sy trus meletak phone ustaz..sy terkedu n xterkata ape2..sy mngis dlm solat sy..knape bgitu kejam jalan hidup yg harus sy lalui..dlu sy cuba memaafkn dan minta dia bertaubat..dan skli lg tamparan maha hebat dtg..buknkah yg baik tu,tuk yg baik ustaz?stahu sy dlm tmpoh dlu hingga kni sy xpnh buat yg xbaik..sy tahu mnjga diri..dia dpt sy dlupun masih dara..sy cuba tuk tutup rapat2 pintu hati sy..mungkin xkn ade yg ke2 kali..sy doakn dia dstiap solat sy supaya dbuka pintu taubat tuknya..tk ustaz sd mbca..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam Puan Nur,

Semoga puan tabah menghadapi situasi seperti ini. Bukannya mudah membina kebahagiaan, ia tidak semudah utk kita membina sebuah rumah!

Apa yang saya harapkan, puan terus bersabar, berdoa dan memulakan kehidupan baru seiring dengan tuntutan agama. Ia tidak merugikan kita, malah di situ punca ketenangan dan kedamaian hidup. Namunteruslah memanjangkan doa dan ikhtiar agar dia juga kembali kepada ALlah,memilih jalan yang benar dan menjadi lelaki yang hebat di sisi Allah.

Kepada ALLAH kita berserah.
tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA