Nama*: | heliza |
Alamat Email: | zarra_miera@yahoo.com |
Tajuk*: | talak dan edah |
Message*: | Saya telah berselisih faham dengan suami dan terjadi pergaduhan mulut..'suami berkata kalau begini lebih baik kita bercerai'dalam keadaan marah dan tanpa niat dan kerana marah sanggup berkata begitu..setelah itu suami berkata kepada saya dia ingin merujuk saya kembali dan saya dalam haids ketika itu..setelah saya suci dari haid kami pun bersetubuh tanda rujuk..adakah berlakunya rujuk..saya pun biggung dengan situasi saya..dan saya nak tanya..talak berapa kah? jika setiap kali pergaduhan suami kata cerai jak..pergaduhan jarang2 dan sudah 4 tahun bersama dan mau 10 kali gaduh..tapi kami tidak niat cerai kerana kerana kami menyayangi dan suami pun tidak mahu berlakunya penceraian..setiap kali saya menyatakan akan rujuk masalah kepada pejabat agama,dia enggan..dan saya menurut kata suami.. |
File Upload: |
Salam Puan Heliza,
Pertamanya lafaz 'kalau begini lebih baik kita bercerai' pada kefahaman saya ia bukanlah satu lafaz cerai yang sah kerana ia tidak menunjukkan ucapan 'aku ceraikan kamu' atau maknanya. Ucapan itu juga dikaitkan dengan 'KALAU' yang belum tentu terjadi akan perkara berkenaan. Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak.
Apabila tidak jatuh talak, ia tidak perlu rujuk.
Namun perlu diingat, puan dan suami didapati selalu bergaduh dan setiap kali pergaduhan disebut perkataan cerai. Cuma puan tidak jelas bagaimana ucapan itu disebut... Saya khuatir jika ada suami melafazkan cerai secara langsung seperti katanya, 'aku ceraikan engkaulah'... maka perkataan seperti ini menjatuhkan talak.
Saya menasihati puan dan suami supaya menjaga mulut dan lidah, terutamanya suami. Usah diringankan menyebut perkataan CERAI biarpun dalam keadaan bagaimana sekalipun. Ia boleh meruntuhkan ikatan akad begitu sahaja. Bimbang nanti kita tidak sedar telah terjadinya talak dan berlaku pula ZINA...
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.