Nama*: | Maria |
Alamat Email: | marilahmaria123@yahoo.com |
Tajuk*: | Lafaz cerai sah atau tak? |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz.. Beberapa hari lalu saya ada bergaduh dgn suami. Pergaduhan disebabkan oleh sikap suami yg kerap membohongi saya berkaitan soal duit. Dia selalu menggunakan duit saya tanpa pengetahuan saya untuk kegunaannya; menyelesaikan hutang2nya (dia tiada kerja tetap), sehinggakan duit yg sepatutnya dibayar utk sewa rumah pun tidak dibayar. Tapi dia kata dia berhutang pun kerana saya, nak beri saya makan katanya. Saya bukan tak mahu tolong dia bayar hutang, cuma saya dah serik kena tipu dgn dia selalu, sebab dia susah nak berterus terang bila dah guna duit. Walaupun saya tahu dia sbnrnya betul sayang pada saya, tapi kadang2 tu saya rasa teraniaya kerana banyak duit saya yg dah habis dia guna, malah duit yg saya simpan utk bayar urusan2 tertentu pun selalu dia guna tanpa pengetahuan saya. Jadi satu hari tu, saya sedih; kecewa sgt dengan dia, jadi saya kata pada suami, "Kalau abg rasa syg ni membebankan abg (sebab suami kata dia berhutang kerana saya), abg lepaskanlah saya. Saya rela asalkan abg tak susah krn saya." Saya kata begitu bukan betul2 minta cerai pada dia, sebab saya masihkan sayangkannya. Cuma waktu tu saya tgh sedih & kecewa sgt dengan dia. Masa tu suami pun dah menangis2 sebab dia tahu dia salah dan rasa bersalah dgn saya. Saya tahu dia bukan berniat menganiaya saya tapi sebab dia ada masalah kewangan yg teruk. Jadi waktu dia menangis tu, dia ada sebut, "Mulai hari ini, abg lepaskan syg.." Itu yg saya dengar. Tapi selepas tu dia ada sebut beberapa ayat lagi, tapi saya tak dengar sebab dia cakap slow. Bila dengar tu, saya pun diam, saya tak pasti dia sedar atau tak dia cakap macam tu. Kemudian bila dia dah berhenti menangis, saya tanya dia lagi. "Betul ke saya dah bukan isteri abg lg? Abg dah lafaz lepaskan saya tadi." Tapi dia kata, bila pulak dia kata macam tu? Dia kata dia tak ingat dia ada kata macam tu waktu dia nangis tadi. Jadi saya igtkan dia lagi, saya kata ye betul saya dengar abg kata mulai hari ini, abg lepaskn syg. Bila dia fikir2 balik, dia kata mungkin juga dia ada cakap macam tu, antara sedar atau tak. Dia pun tak pasti. Tapi dia tegaskan pada saya, dia tak bermaksud nak ceraikan saya. Dia cuma terlalu sedih sebab dia sedar dia dh banyak susahkan saya. Dan dia kata lagi, sbnrnya dia bermaksud, bila dia dah takde nanti (mati), barulah dia lepaskan saya. (Ayat yg saya tak dengar dia cakap slow tadi). Sebab dia kata kalau saya bukan isteri dia, lebih baik dia mati je. Jadi saya pun keliru, sebenarnya jatuh talak ataupun tak. Saya dengar kata-kata suami lepaskan saya, tapi suami kata walaupun dia ada tercakap macam tu, tapi sebenarnya dia tak berniat. Saya ada cadangkan rujuk hal kami ni kat pej agama tapi suami tegaskan yg dia tak bermaksud cerai. Jadi tak sepatutnya jatuh talak. Dia betul2 menyesal terlepas cakap macam tu, dan saya pun tidak berniat utk benar2 mintak cerai. Jadi sebenarnya lafaz tu sah atau tak ye ustaz? Kalau lafaz tu sah, perlu ke kami rujuk di pej agama walaupun kami telah bersetuju utk tidak bercerai (rujuk di rumah,tapi tiada lafaz rujuk yg rasmi cuma bersetuju tidak bercerai). Kami juga masih tinggal bersama dan masih melakukan hubungan suami isteri. Saya ada terbaca, kalau bersetubuh setelah lafaz cerai, maka automatik dah rujuk. Tapi ade juga yg kata mazhab shafie x boleh. Jadi macam mana ustaz? 1. Lafaz cerai sah atau tak? 2. Kalau sah cerai, rujuk kami sah atau tak? 3. Kalau sah, masih perlu ke kami laporkan pada pej agama? Maaf soalan saya panjang lebar. Harap ustaz boleh membantu. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam Puan Maria,
Mohon maaf kerana lambat menjawab persoalan puan.
Apa yang saya faham dari kes ini, ucapan suami "mulai hari ini, abg lepaskan syg.." membawa maksud cerai kerana ditujukan kepada puan pada ketika puan meminta untuk diceraikan. Saya faham dari kes ini, telah jatuh talak satu.
Namun atas kehendak suami dia merujuk kembali kepada puan. Jadinya rujuk telah berlaku dan harus diingat, telah juga jatuh talak satu.
Soal pelaporan kepada pihak berkuasa (pejabat agama) itu adalah atas pilihan puan. Jika puan mahu untuk membuat pengesahan akan kes talak dan rujuk kembali, silalah berurusan dengan pejabat agama.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.