Friday, April 14, 2017

Soalan: Zihar

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Zihar
Message*:Salam ustaz...
maybe topik ni dah banayak kali dibincangkan, namun kali ini berlaku ke atas diri saya sendiri
Saya ada kemusykilan yang benar-benar merungsingkan benak saya...Saya dengan tidak sengaja telah menyamakan buah dada isteri saya dengan buah dada ibu saya...Adakah jatuh telah terjatuh hukum zihar di atas tindakan saya itu ? Banyak forum yang saya baca cenderung menyatakan bahawa zihar telah berlaku akibat kata-kata saya itu..Namun ada juga yang menyatakan bahawa zihar hanya berlaku jika kita menyamakan bahagian-bahagian tyang haram dilihat pada mahram kita, maka timbul pula persoalan setakat mana aurat wanita kepada mahram mereka ?.. ada yang menyatakan dari dada hingga lutut dan ada yang menyatakan dari pusat hingga lutut.. saya keliru...

Harap dapat selesaikan kekliruan saya dan sekiranya zihar telah berlaku.. bagaimanakah caranya untuk saya membayar "denda" zihar tersebut ?
File Upload:
Salam

Zihar terjadi dengan adanya NIAT untuk berzihar yakni niat membenci dan merendahkan status isteri..

Pada kes ini, tiada niat suami untuk merendahkan isterinya, maka tidaklah ia dikira berzihar.

tk

Visitor IP: 113.210.73.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA