Monday, April 24, 2017

Soalan: terlepas kata

Nama*:Bibi Zara
Tajuk*:terlepas kata
Message*:Assalamualaikum ustaz..sy ade sedikit pertanyaan..harap ustaz dapat membantu persoalan sy ini..Kisahnya begini..si suami dan si isteri sedang bergaduh, tiba-tiba si suami terlepas kata. Dia cakap macam ni " aku haramkan kau buka FB @ Instagram dalam rumah ini, kalau tidak jatuh talak 3".. sewaktu berkata begitu si suami dalam keadaan marah. Apabila si suami menyesal akan kata-katanya itu boleh kah dia menarik balik kata-katanya itu semula selagi mana si isteri belum melakukan larangan yg di buat itu? Atau jika si isteri meminta izin dari suami nya berbuat demikian dan si suami membenarkan..adakah jatuh talaknya? bagaimana untuk membatalkan ucapan yang telah di lafazkan suami itu?
File Upload:
Salam

Lafaz taklik pada sebahagian ulama tidak membenarkan ia ditarik balik...

Ada yang kata boleh ditarik balik.. kalau nak ikutkan pendapat dibenarkan tarik balik, maka bolehlah suami menarik balik semula lafaz taklik berkenaan.

Dalam bab ini, suami kena bijak dan sabar.. Usah gelojoh menghukum dan nak kaitkan dengan talak.. maka itulah jadi kesudahannya.

tk

Visitor IP: 203.217.176.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA