Saturday, April 22, 2017

Soalan: perceraian

Nama*:Rohana Binti Muhamad
Tajuk*:perceraian
Message*:Assalamualaikum...Ustaz..saya inginkan kepastian dari ustaz,,adakah berlaku penceraian atau tidak dalam hidup kami sebagai suami isteri dengan kata-kata suami "kita berpisah buat selama-lamanya Rohana dan jangan cari aku dan anak-anak aku. dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan jika talak ini berlaku.untuk pengetahuan ustaz suami saya orang Negeri Kedah dan saya orang Negeri Kelantan,,,,suami pernah berkata apapun yang berlaku keatas saya kalau saya bawa kes ini diKelantan dia x akan bagi kerjasama...apa kesudahan hidup saya....minta ustaz perjelaskan...Terima kasih.
File Upload:
Salam

Kenyataan suami itu jika dengan NIAT nya untuk CERAI, maka terjadilah cerai/talak. Jatuhlah talak satu dengan perkataan seperti itu jika suami memang berniat CERAI.

Meneliti kepada maksud perkataan itu, ia memang berniat cerai. Namun puan perlu mendapatkan kepastian daripada suami akan maksud sebenar ungkapan berkenaan.

Jika terjadinya talak, maka ia sebenarnya perlu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan status sah talak dan mendapat pembelaan sewajarnya kepada isteri.

Saya nasihatkan puan, bawalah kes ini ke pejabat agama bagi mendapatkan jalan keluar.. Usah dibiarkan tergantung.. Kasihan nasib isteri..

tk

Visitor IP: 103.245.88.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA