Soalan: kalau kau keluar kau bukan bini aku
Nama*: | lina |
Tajuk*: | kalau kau keluar kau bukan bini aku |
Message*: | saya ade skit pertengkaran dengan suami sy. dalam pada itu sy nk keluar. dia kate 'kalau kau keluar kau bukan bini aku'. sy keluar pada hari itu. adakah jatuh talak. sy bertanya kepada dia adakah dia berniat utk ceraikn sy. dia kate tidak. dia mengugut sy supaya sy jgn keluar patuh ckp dia.
lg satu persoalan adakah taklik contoh kalau kau keluar jatuh talak. kmudian dia pg mahkamah dan rujuk. taklik tu masih ade lg atau batal setelah bercerai dan rujuk semula |
File Upload: | |
Salam
Pengakuan suami adalah benar dan diakui. Suami tiada niat untuk taklik cerai, maka ia tidaklah terjadinya talak.
Setelah talak itu terjaduh dengan sebab melanggar larangan taklik, suami kembali merujuk kepada isterinya, maka taklik yang terdahulu adalah terbatal..
tk
Visitor IP: 103.1.71.161
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.