Soalan: Adakah disabit Zihar??
Nama*: | Safina |
Tajuk*: | Adakah disabit Zihar?? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz...
Saya ada beritahu suami yang makciknya ada melihat payudara saya...dan kami pun senyum..makcik cakap payudara saya kecil.
Kemudian suami pun berkata:
Suami : alar sama je.
Saya : eh abang ni, mana boleh samakan macam tu...takut terjadi zihar.
Suami : tak, maksud abang ia sama lar...
Saya : maksud abang semua perempuan ada yer
Suami : haa... Maksud abang macam tu...cuma beza saiz dan bentuk..
Saya : abang bermaksud atau niat zihar ke?
Suami : tak lar...tak ada fikir sampai macam tu pun...
Saya : abang jangan main main, itu makcik abang & abang samakan payudara saya dengan payudara makcik abang. Boleh terjadi zihar
Suami : zihar kalau samakan dengan ibu..ni makcik
Saya : bukan, zihar boleh terjadi kalau kita samakan isteri dengan wanita yang haram dinikahi...
Soalan saya :
Situasi diatas boleh disabit terjadinya zihar ke ?
Kalau tak ada niat / tidak terfikir pun ke arah zihar, boleh terjadi zihar juga ke?
Risau dan rungsing memikirkannya.
Mohon bantu saya ustaz sebab selepas kejadian tu, saya dan suami ada berjimak... |
File Upload: | |
Salam
Ia telah dijawab sebelumnya..
Ia tidak zihar kerana zihar terjadi dengan adanya NIAT untuk membenci isteri..
tk
Visitor IP: 113.210.73.89
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.