Soalan: Talak
Nama*: | Mustafa |
Tajuk*: | Talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..sy bertya...sebelum nie sy pernah lafaz talak pada isteri...kemudian sy rujuk balik selepas seminggu..tanpa hadir ke mahkamah..selepas tu beberapa thn..sy mengetahui..isteri sy ade hubungan dengan kawan sy sendiri..saya bagi isteri saya..jika ada hubungan lagi...1 talak 1...2thn kemudian sy...dapat tahu mereka ade hubungan...sy terus keluar dari rumah...dan berjumpa dengan kawan saya..die mengaku memang ada hubungan dan sanggup berkahwin dengan isteri sy jika saya ceraikan....kemudian sy ajak isteri sy kerumah adik nya...sekali lagi sy lafazkan....sy ingin bertya...dah berapa talak yg sy lafazkan..dan dayus k sy...jika sy kembali kepada nya...jika demi anak2... |
File Upload: | |
Salam
Suami kena bilang sendiri lah talaknya.. maaf ye... saya tak terikut dengan cerita ini..
tk
Visitor IP: 123.136.111.164
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.