Saturday, April 8, 2017

Soalan: Dayus

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Dayus
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanya...isteri sy ade hubungan dengan kawan sy sendiri...saya telah bertanya sendri dengan kawan sy...die mengaku ade berjumpa dengan isteri sy...dan sanggup berkhawin dgn isteri jika sy ceraikan isteri sy...sy telah melafazkan talak kepada isteri...dayus ke sy jika sy kembali rujuk kepadanya demi anak2...kerana anak2 tidak mendengar kata isteri sy...ape yg harus sy buat sekarang ustaz...lagi pun isteri saya suka mengguna ilmu hitam kepada sy...keluarga sy memang tidak boleh merima isteri sy lagi...dayus ke saya dan medehaka ke sy kepada ibubapa sy...harap ustaz dapat memberi pendapat...
File Upload:
Salam

Yang mencari kebahagiaan itu ialah suami dan isteri. Suami berusaha membahagiakan rumah tangganya dengan cara yang terbaik dan halal, manakala isteri yang mahukan kebahagiaan, mereka rela berkorban dan sanggup menghadapi situasi yang bagaimana sekalipun..

Dalam kes ini, isteri didapati melakukan perbuatan sumbang, maka seeloknya (jika benar begitu) suami melepaskan dia pergi. Jika isteri bertaubat dan sedar kesalahannya, serta ingin kembali kepada suami, maka perkara itu adalah yang terbaik diterima kembali..

Tetapi jika isteri tiada kekesalan dan tiada taubatnya, bererti dia tidak pernah risaukan dosa pahala dan tidaklah perlu diambil kembali sebagai isteri..

Usah dirisaukan soal dayus di sini.. Utamakan kebahagiaan suami isteri dan anak-anak dahulu.

tk

Visitor IP: 123.136.106.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA