Soalan: Status Suami Isteri
Nama*: | Qhairul |
Tajuk*: | Status Suami Isteri |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Mohon maaf saya ingin bertanya mengenai kemusykilan yang saya alami.
Saya dan isteri sedang mengalami masalah rumahtangga dan isteri memohon penceraian. Dalam kusut memikirkan masalah yang sedang di alami, saya berikhtiar melakukan solat istikharah memohon bantuan dari Allah SWT jika penceraian adalah langkah yang terbaik.
Dalam solat istikharah, terdapat doa yang dibacakan yang bermaksud seakan ".....jikalau dalam ilmuMU, urusan aku ini (menyebut masalah dihadapi)...adalah baik untuk agamaku, kehidupanku....".
Persoalan saya adalah, adakah jatuh talak jika semasa berdoa itu saya menyebut seperti berikut ".....jikalau dalam ilmuMU, urusan aku ini iaitu penceraian antara aku dan isteri , Si Folan Bt Si Folan adalah baik untuk agamaku, kehidupanku....." ?
Mohon bantuan Ustaz akan status perkataan yang saya lafazkan semasa berdoa itu? Adakah terjatuh talak antara saya dan isteri? |
File Upload: | |
Salam
Ia tidaklah menjatuhkan talak.. Talak hanya terjadi setelah suami benar-benar melafazkan cerainya..
tk
Visitor IP: 103.245.88.234
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.