Soalan: Adakah boleh terjadi talak taklik?
Nama*: | Noridah bt osman |
Tajuk*: | Adakah boleh terjadi talak taklik? |
Message*: | Soalan :
Diatas meja ada botol kaca... anak saya ingin mencapainya dan dengan pantas suami saya mengangkat dan mengalihkan botol itu ke tempat lain sambil berkata:
"kalau jatuh bercerai".
Saya yakin suami maksudkan kalau botol tu jatuh bercerai (pecah). Saya masa tu dengar suami cakap sebab saya ada di tempat kejadian...
Saya tak pasti suami memandang saya atau tidak semasa berkata demikian.
Mohon Ustaz jelaskan, adakah kata kata suami itu boleh jatuh talak? Adakah ia merupakan Lafaz Cerai Takliq /Sorih /kinayah ? |
File Upload: | |
Salam
Jika suami bermaksud bercerai itu ialah berpecah botolnya, maka tiadalah kaitan langsung dengan cerai atau talak..
Usah disusahkan hendak kaitkan semua cerai itu dengan TALAK.. tk
Visitor IP: 113.210.51.124
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.