Soalan: Taklik
Nama*: | Suri |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Saya yg bertanyakan soalan dibawah :
Assalamualaikum ustaz...
Saya nak tanya tentang lafaz taklik selepas akad nikah...
Saya ada menelefon mahkamah dan mengadu tentang masalah rumah tangga.
Soalan saya :
Boleh jatuh talak taklik ke bila saya sbg isteri mengadu ke mahkamah melalui panggilan telefon shj.. sebab dlm lafaz taklik lepas nikah ada tulis " kalau isteri mengadu ke mahkamah & mahkamah selepas siasatan yg wajar mendapati ianya benar, maka jatuhlah atasnya satu Talaq.
Soalan saya :
Dalam lafaz taklik selepas nikah tu tiada tulis bayaran RM1..
Macam mana hukumnya?
Semasa saya menelefon pegawai mahkamah tersebut, beliau hanya memberi jawapan diatas pertanyaan saya shj serta beliau juga memberi pendapat dan nasihat. |
File Upload: | |
Salam
Ia pada adatnya ialah berurusan dengan pejabat itu berlaku secara berhadapan bukannya sekadar telefon.. Jika telefon itu mungkin sekadar hendak mendapat info sahaja.. Itu pendapat saya.. tk
Visitor IP: 113.210.51.124
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.