Nama*: | Annas |
Tajuk*: | Talak jatuh @ tidak dalam keadaan marah sangat |
Message*: | Salam ustaz, Saya ada kemusykilan berkenaan talak..ceritanya begini, saya dan isteri pernah bercerai talak 1 seblum ni, dan pada 6hb kami bercerai lagi dengan talak 1..ok untuk talak seterusnya dia jadi begini, seminggu sebelun talak jatuh, saya dan isteri brrgaduh hampir tiap2 hari, asal bersemuka akan bergaduh..ok tiba pada 6hb 4 aritu, ketika kami mahu mula makan (memang masih bergaduh lagi masa tu) saya bertanyakan isteri saya tentang rancangan untuk hantar dia balik ke rumah mertua pada 6hb kerana dia akan ke Australia bersama mertua pada 8hb..dia menyatakan akan balik sendiri dengan anak bongsu kami dan ini mendatangkan kemarahan yg teramat sangat kerana isteri dah berjanji untul tinggalkn kereta dirumah kami utk kegunaan saya antar anak2 ke sekolah..dalam keadaan bertekak dan marah teramat sgt saya telah lafaz taklik "jika awk balik bawa kereta ke sana,jatuh talak satu" dalam keadaan tidak sedar dan xde niat untuk ceraikan dia..saya berlalu pergi keluar..dalam pd marah lg dlm kereta saya msh beri amaran jatuh talak 1 klu dia bawa balik kereta..bila saya lama diluar dan tenangkan diri,saya pn balik dan isteri cakap akan suruh saya hantar dia balik ke sana..dan saya kata ok tak pa lagipun saya marah sangat2 tadi dan tidak sedar lafaz tu terkeluar. Ok bila tiba 6hb pada hari yang dijanjikan, pagi tu masing2 pegi kerja dan saya ingatkan isteri saya tentang penghantaran dia balik dan dia kata dia akan balik jumpa saya di rumah..tiba waktu tengah hari saya hantar pesanan ringkas melalui whatsapp untuk peringatan penghantaran beliau, namun isteri saya ubah fikiran untuk balik sendiri..kali ini dalam keadaan sedar apa yang saya lafazkan saya tanya dia "xpa klau talak 1 ni" "sbb xkan tarik balik dah"..kemudian saya terus menghubungi isteri dan tanya mengapa beliau buat begitu lagi, janji tak tepati..dia pun menyatakan alasan2 yang saya tak boleh terima lalu saya bagitahu dia "abg msh berharap uda akan balik ke rumah kita utk abg hantar uda ke sana dan abg akan tgu, tp jika uda balik sendiri dgn anak ke sana, dah smpai nnt mklumkan kt abg, abg akn lafaz cerai talak 1" lalu saya balik dan menunggu sehingga la dlm 3 jam kemudian dia beritau sudah sampai sana, saya tiada pilihan selain lafaz cerai dgn talak 1. Soalan saya : 1. Adakah cerai taklik yang saya lafazkn pertama kali masa saya marah sangat2 itu diterima sedangkan saya tidak sedar waktu saya lafazkan dan berniat untuk cerai masa itu disebabkan dlm keadaan marah2? Untuk pengetahuan tuan saya memang seorang yang panas baran (tapi bukan kaki pukul). Untuk lafaz cerai pada perenggan kedua tu saya akui sebab saya lafaz dalam keadaan sedar berserta niat. Mmg saya ada niat untuk kembali berbaik dengan isteri demi anak2 walaupun bermacam2 masalah ditimbulkan oleh isteri, namun saya yakin kami msg2 boleh berubah untuk kebaikkan bersama.cuma saya risau sebab semasa isteri buat pengesahan mahkamah, seorg pegawai ada menyatakan talak jatuh sebanyak 2 kali disebabkan situasi diatas. Harap Tuan Ustaz dapat membantu beri pendapat tuan. Terima kasih. Assalammualaikum |
File Upload: |
Apa yang saya faham, cerai yang pertama telah terjadi dan dirujuk.. Begitulah agakan saya.
Lalu sahlah telah ada talak satu.
Talak kali kedua berlaku pada 6 April baru ini berdasarkan kes yang disebut.. betulkah apa yang saya faham?
Soalnya, adakah kes 6 April itu benar-benar jatuh talak atau ia belum lagi terjadinya talak?
Taklik yang suami lafazkan itu adalah sah dan valid walaupun pengakuan suami mengatakan ia berlaku pada situati marah yang amat sangat. Perkara cerai dan talak akan terjadi walaupun dalam keadaan marah. Kalau tak marah, tidaklah terjadinya cerai..
Oleh kerana isteri melanggar taklik, maka terjadilah talak ke dua..
Itu yang saya faham. Mohon maaf jika ada kekhilafan.
Sila rujuk kes ke pejabat qadi bagi kepastiannya.
tk
Visitor IP: 183.171.86.226
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.