Saturday, April 1, 2017

Soalan: lintasa hati dan tidak pasti ada cakap atau tidak

Nama*:mat ros
Tajuk*:lintasa hati dan tidak pasti ada cakap atau tidak
Message*:Assalamualaikum wbt ustaz. Saya bangun dari tidur pada waktu subuh ke bilik air untuk ambil wudhu, semasa ke bilik air saya bercakap dalam hati, kemudian ketika nak menutup pintu datangnya lintasan hati mengenai penceraian ketika memandang anak-anak dan isteri yang sedang tidur. Dikala itu saya membuat pergerakan mulut untuk mengelak daripada saya bercakap apa yang terlintas dihati itu, saya cuba kuatkan diri dengan mengatakan itu lintasan hati sahaja, saya tidak ada lafaz apa-apa, tetapi selepas itu saya terus menjadi was-was adakah saya ada cakap apa yang terlintas atau apakah keluar perkataan 'cerai' di mulut saya ketika saya menutup pintu itu. Perasaan keliru saya bertambah-tambah apabila saya cuba mengulang perbuatan menutup pintu tandas dengan bercakap benda lain dihadapan pintu tandas sambil menutup pintu tandas (bukan lafaz penceraian), saya jadi bimbang sebab saya tidak dapat dengar suara saya kerana bunyi pintu tandas itu lagi kuat dari suara saya, saya terus jadi khuatir adakah dikala datang lintasan sebelum ini saya ada bercakap apa yang terlintas tetapi saya tak dengar suara kerana bunyi pintu tandas lagi kuat dari suara saya. Padahal sebelum ini saya sudah cuba kuatkan diri mengatakan tiada cakap apa-apa,ia cuma lintasan dan apa yang berlaku hanyalah pergerakan mulut yang menahan saya daripada bercakap, saya khuatir saya ada cakap semasa berlaku lintasan itu tetapi saya tak dengar disebabkan bunyi pintu yang kuat. Saya jadi keliru dan saya cuba ingat balik apa yang berlaku semasa menutup pintu itu, tapi tak berjaya, saya tidak pasti apa yang berlaku. Ustaz, boleh bantu saya, adakah jatuh talak? Ustaz bagaimana nak buang lintasan penceraian dalam diri saya ini?
File Upload:
Salam

Saudara perlu segera ubati penyakit keraguan dalam diri. Segeralah bertaubat dan banyakkan zikir kpd Allah.. Rawilah segera..

Jika tiada lafaz yang terkeluar, maka tidaklah jatuhnya talak.. Tiada talak dalam kes ini..

tk



Visitor IP: 1.9.96.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA